Hari ani me terperanjat akibat kejutan dari berita Borneo Bulletin dan Media Permata. Mana inda, Tentera Laut Diraja Brunei sudah memiliki kapal peronda yang baru. Kapal peronda (Offshore Patrol Vessel) berkenaan adalah dari Kelas Darussalam yang dinamakan KDB Darussalam, KDB Darulehsan dan KDB Darulaman. Kapal-kapal ini akan menggantikan kapal-kapal peluru berpandu yang lama dari Kelas Waspada yang sudah berkhidmat lebih dari 30 tahun.
Sebenarnya, pada sekitar tahun 2003-2004, TLDB hampir memiliki 3 buah kapal peronda generasi baru (New Generation Patrol Vessel atau NGPV) tetapi apabila kapal-kapal tersebut telah siap maka didapati beberapa perubahan telah dibuat sehingga hilang sentuhan asal seperti yang telah ditempah sehingga berlaku pembatalan pembelian. Kapal tersebut telahpun diberi nama (KDB Nakhoda Ragam, KDB Jerambak dan KDB Bendahara Sakam).
Ketani liat dulu spesifikasi kapal peronda yang baru ani:
Buatan:
LUrssen Shipyard, Lemwerder, Persekutuan Republik Jerman.
Berat:
Sekitar 2000 tan tanpa bebanan dan 2500 tan dengan muatan.
Panjang:
80 meter
Lebar:
13 meter
Kuasa Dorong:
Enjin Diesel
Bilangan Kipas:
2
Kuasa Pemutar:
Tidak diketahui.
Unit Kuasa Eletrik:
Tidak diketahui.
Jumlah Kuasa Eletrik:
Tidak diketahui.
Kelajuan:
20 knot
Jarak Operasi:
200 batu nautika bagi melindungi Zon Ekonomi Eksklusif Negara dan 8000 batu nautika jika beroperasi di luar dari zon berkenaan.
Daya Tahan Operasi:
21 hari
Kekuatan Anggota:
80-90 anggota dan pegawai tentera laut.
Anggota Tumpangan:
24 anggota Regimen Gerak Khas dan/atau 8 krew dan juruterbang helikopter Tentera Udara Diraja Brunei
Radar:
Tidak diketahui.
Pandu Arah:
Tidak diketahui.
Sistem Peperangan Eletronik dan Pengumpanan:
Tidak diketahui.
Persenjataan:
Sistem Peluru Berpandu anti-kapal permukaan Exocet MM-40
Meriam Bofors 57mm
Pesawat:
Sikorsky S-70 – 14 Blackhawk Tentera Udara Diraja Brunei
Kapal-kapal ini dilengkapi dengan geladak pendaratan helikopter bersaiz sederhana seperti Blackhawk dan turut disediakan juga ialah hangar. Rasanya ini kali pertama negara ketani membeli barangan buatan Jerman. KDB Darussalam dan KDB Darulehsan akan tiba pada Mei ini sebelum sambutan Hari Ulangtahun Penubuhan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke 50 Tahun pada 31 Mei. Manakala KDB Darulaman sedang menjalani ujian dan dijangka akan memasuki perkhidmatan pada Ogos tahun ini.
Selain dari kapal peronda, TLDB juga telah menerima empat buah kapal peronda laju (Fast Patrol Vessel) yang baru dari Kelas Ijhtihad sepanjang 41 meter iaitu KDB Ijhtihad, KDB Berkat, KDB Syafaat dan KDB Afiat. Kapal-kapal ini akan menggantikan kapal peronda laju dari Kelas Perwira. 2 buah darinya telahpun beroperasi sejak Mac 2010 manakala selebihnya akan beroperasi pada Ogos ini.
Salute untuk TLDB!
Gambar kapal kelas, DARUSSALAM yang baru bagi Tentera Laut Diraja Brunei. - Gambar Ihsan Kementerian Pertahanan. (via Media Permata Online)