Wizurai's Slide

Ahad, 17 Julai 2011

Helikopter Baru TUDB

Salam. Akhirnya TUDB bakal memiliki helikopter baru! Menurut sumber dari Kementerian Pertahanan, sebanyak 2 dari 4 buah syarikat pembuat helikopter akan bersaing bagi mendapatkan kontrak bagi Projek Support Helicopter iaitu Syarikat Eurocopter yang mencadangkan helikopter utiliti berat EC725 dan helikopter utiliti ringan EC645T2 manakala Sikorsky Aircraft Corporation telah menawarkan S-70i Black Hawk iaitu versi antarabangsa helikopter UH-60M yang sedang digunakan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat.

Projek Support Helicopter ini bermula pada Ogos 2010 dengan usaha Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi (P3ST), Kementerian Pertahanan. Perundingan dan seterusnya penandatanganan kontrak akan berlangsung di kilang syarikat yang terpilih pada penghujung tahun ini. Kumpulan pertama helikopter-helikopter berkenaan dijangka tiba pada tahun 2014.




Helikopter ringan EC645T2


Helikopter EC725



S-70i (i - international) Black Hawk



Sumber: Pelita Brunei, Borneo Bulletin & Website Kementerian Pertahanan.


Selasa, 12 Julai 2011

Sampai Hajat 2

Salam, ada jua 10 hari nda update blog. yalah, ani wizuraiworld bukan ranoadidas, hehe. dlm 10 hari ada byk mcm yg berlaku. me balik ke rumah mama sal ada majlis mandi berlawat utk 2 org menantu mama. lagi satu, BRIDEX! pada tahun ini me tak dapat dtg ke Bridex 2011 sal sibuk dgn TP. sedih sikit tapi agak terhibur apabila melihat kelibat MiG-29 "Smokey Bandit" membuat pertunjukkan di ruang udara Green Zone. sebetulnya, pada awal julai lagi me nampak 2 buah jet pejuang F-16 di hujung landasan pengkalan udara Rimba TUDB. tapi me nda tau sapa punya sbb ada 2 buah negara yg membuat airshow dgn pesawat berkenaan iaitu AS (Wild Weasel) dan Singapura (Acrobatic Team).


My kaka ipar pun ajak lihat expo d Bridex tapi masa singkat. lagipun pada tahun 2009 me dtg selepas solat jumaat, fuuh! punya ramai manusia di Bridex sampai me fikir2 kan dtg. tapi jumaat lepas sampai jua hajat melihat pesawat2 peserta Bridex di pengkalan udara TUDB di Rimba. Free lagi. kebanyakan pameran tertumpu di Hangar B tapi ramai juga yang "menceroboh" Hangar A yg banyak menyimpan pesawat TUDB. me pun ikut masuk sal kan lihat Blackhawk dekat2. menurut seorang kru, pesawat Blackhawk TUDB adalah yg terbaik di Asia Tenggara. pesawat ini mempunyai keupayaan tinggi termasuk long-range humanitarian mission (contoh: Banda Acheh), fast-roping dan akan dipasang GPMG (General Purpose Machine Gun). mcm pesawat UH-60 Blackhawk US Army. Seingat me, Bell 212 TUDB juga pernah dipasangkan machine-gun tapi selepas 10 tahun kebelakangan (or maybe more) me nda pernah liat lagi.


Me ada membeli car-sticker TUDM & Vat 69 Komando. Oleh sbb me beli sampai BND30 maka kru TUDM tu bagi 3 btg pen. sebetulnya masa me d KL, me ada beli sticker2 camani di salah satu perhentian (R&R) masa otw ke Johor. Harganya RM3.oo aje tapi di sini durang jual BND5.00TUDB ada jua menjual segala macam, pin logo TUDB, pin Blackhawk, Notepad yg saiz buku 555 & saiz biasa (yatah nyasal nda membali), payung (abis - lain kali jual banyak2), baju round-neck & polo, wallet menyimpan ic & lesen memandu, key-chain tapi car sticker masih jua nada. Republic of Singapore Air Force lagi baik hati, durang bagi sticker, keychain & car sticker Free of Charge. kaya jua tu. hehehe


Mulai ri isnin 11 julai, kami stat udah blatih. me rancang kan bawa seramai 21 org kadet ikut perbarisan n santap dan around 24 - 30 for majlis junjung ziarah/ramah mesra bagi daerah Brunei/Muara. biar durang merasai semua termasuklah Hari Kebangsaan NBD ke 28 next year. cukuptah dulu post ane. kul 12 udah. besok ada latihan - Full Dress Rehearsal. bye (nantitah me masukkan pic dlm post yg lain)