Selasa, 30 Ogos 2011
Rabu, 10 Ogos 2011
KDB Darulaman
Salam Ramadhan Karim,
Alhamdulillah, pada akhirnya sebuah lagi kapal (yang terakhir) dari Kelas Darussalam telah diterima oleh TLDB. Kapal KDB Darulaman (PV80-3) telahpun lulus beberapa ujian kelayakan dan bakal menyertai saudara-saudaranya pada hujung tahun ini dan mula belayar meninggalkan Jerman pada Oktober ini dengan dikendalikan sepenuhnya oleh krew TLDB.
KDB Darulaman ketika Upacara Penerimaan dan Menaikan Bendera dan perhatikan Sistem Meriam Bofors 57mm Mk 3 di hadapan anjung pemerintah.
Kehadiran KDB Darulaman, memperkasakan lagi pertahanan maritim di perairan negara. Salah satu sistem persenjataan yang terdapat pada kapal-kapal Kelas Darussalam ini ialah Sistem Meriam Bofors 57mm Mk 3. TLDB adalah tentera laut pertama dari kalangan negara ASEAN yang menggunakan senjata ini.
Tersimpan di dalam perumah turet halimunan, senjata ini boleh digunakan dalam berbagai tujuan dari misi pengaman sehinggalah dalam pertempuran sebenar. Dalam misi pengaman misalnya beberapa tembakan dibuat sebagai amaran semasa menguatkuasakan undang-undang ke atas lanun, penyeludup dan pengganas. Di dalam pertempuran atau peperangan sebenar, senjata ini mempunyai pelbagai fungsi yang akan saya jelaskan kemudian di dalam blogpost yang akan datang, Insya-Allah.
Tahniah dan syabas buat TLDB!
Langgan:
Catatan (Atom)