Wizurai's Slide

Rabu, 21 Disember 2011

KDB Darulaman (sambungan)

Salam & selamat bercuti bagi yang bercuti macam saya, eheh.

Isnin lepas (12.12.11), salah sebuah kapal terakhir dari kelas Darussalam iaitu KDB Darulaman (lihat blogpost Rabu, 10 Ogos 2011)telah ditauliahkan oleh KDYMM di pengkalan TLDB, Muara. Oleh sebab klasifikasinya sama seperti dua kapal sebelumnya maka tidak perlulah disebutkan dengan terperinci. Lihat blogpost Sabtu, 14 Mei 2011. Cuma sebagai tambahan, KDB Darulaman diperintah oleh Leftenan Kolonel (L) Pg. Mohammad bin Pg. Haji Damit. Kapal Kelas Darussalam ini menggantikan kapal-kapal kelas Waspada yang telah dilucut tauliah dan 2 daripadanya diberikan kepada TNI-AL sebagai kapal latihan.



Pengunjung blog dari Malaysia diharap tidak keliru dengan penamaan kapal-kapal kelas Darussalam ini yang sama dengan nama akhir 2 buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Selangor Darul Ehsan dan Kedah Darul Aman. Apa yang saya tahu salah sebuah kapal TLDM juga menggunakan nama negeri yang hampir sama iaitu KD Kedah. Jadinya, KD Kedah adalah milik TLDM manakala KDB Darulaman adalah milik TLDB. Jangan keliru tau!

Ok, cuti ne kami sekeluarga melancong lagi ke KL mulai 28.12.2011 hingga 01.01.12. Rancang kan membeli majalah, buku, pakaian sukan dan maybe some military merchandize. Lau sempat, naik Genting Highland lagi. tentu extreme cuaca di sana.

Semalam (20.12.11), ada berita mengejutkan iaitu bas pelancung dari Brunei kemalangan di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli di Sabah mengorbankan 6 orang yang kebanyakannya warga emas. Membaca berita-berita sedih yang melibatkan warga kita di luar negara membuat hati sebak. Me hanya doakan semoga roh mereka dicucuri Rahmat dan termasuk di dalam golongan orang-orang yang beriman (Al-Faatihah!).

Pada me, kenderaan yang digunakan untuk perjalanan jarak jauh perlulah diperiksa manakala pemandu bas hendaklah mempunyai waktu rehat yang mencukupi. Jika perlu, pemandu bas gantian perlulah ada. Tidak seperti semenanjung Malaysia, jalan raya dari Lawas, Sarawak hingga Kota Kinabalu, Sabah tidak mempunyai hentian R&R yang lengkap dengan Surau, kedai runcit, restoran dan taman permainan kanak-kanak. Me cadangkan jua, satu atau dua hentian R&R di Lebuhraya Muara-Tutong. Yang pertama, di sebelah Meragang dan satu lagi berdekatan Pos Polis Lebuhraya.

OKlah. Me kan jalan dulu. Hopefully, me dapat update blog di CyberTime@First World Genting Highland. dan semoga kami selamat kembali ke tanahair selepas melancung, Amin! membagi ingau jua kan. K, bye!