Wizurai's Slide

Selasa, 31 Mei 2011

Sambutan Jubli Emas HUT ABDB






Salah satu poster Sambutan Jubli Emas HUT ABDB



Selasa - 31 Mei 2011. Hari ini genaplah 50 tahun (1961-2011) penubuhan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Sambutan ini telahpun bermula beberapa hari kebelakangan ini dengan beberapa kegiatan keugamaan. Hari ini akan berlangsung acara kemuncaknya iaitu perbarisan hari ulangtahun dan pameran statik di Berakas Garison. Di sebelah malam pula akan diadakan Brunei International Tatoo 2011 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.


Diucapkan Selamat Menyambut Jubli Emas Penubuhan ABDB untuk semua warga ABDB!


Sabtu, 14 Mei 2011

Spesifikasi KDB Darussalam & Darulehsan.


Salam, Alhamdulillah seperti yg dijelaskan pada post: Salute Untuk TLDB, so pada hari ini Sabtu 14 Mei 2011 telah berlangsung majlis penauliahan 2 dari 3 buah kapal Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dari Kelas Darussalam. Kapal-kapal tersebut ialah KDB Darussalam dan KDB Darulehsan (KDB adalah akronim bagi Kapal Diraja Brunei).






KDB Darussalam



Berikut ini dinyatakan spesifikasi bagi kapal-kapal TLDB dari Kelas Darussalam ini.

Buatan:
LUrssen Shipyard, Lemwerder, Persekutuan Republik Jerman.


Berat Angkutan Penuh:
1,625 ton..


Panjang:
80.0 meter


Lebar:
13.0 meter


Kedalaman Draf:
3.3 meter


Kuasa Dorong:
Enjin Diesel


Bilangan Kipas:
2 buah


Kuasa Pemutar:
MTU 12V 1163 TB93.


Kelajuan:
20 knot


Jarak Operasi:
200 batu nautika bagi melindungi Zon Ekonomi Eksklusif Negara dan 8000 batu nautika jika beroperasi di luar dari zon berkenaan.


Daya Tahan Operasi:
21 hari


Kekuatan Anggota:
80-90 anggota dan pegawai tentera laut.



Anggota Tumpangan:
24 anggota Regimen Gerak Khas dan/atau 8 krew dan juruterbang helikopter Tentera Udara Diraja Brunei


Radar:
Terma Scanter 4100 2D Surface/Air Search Radar
Thales Sting EO MK2 fire-control radar
Zeiss MEOS (Maritime Electro-Optics Surveillance) II


Sistem Pandu Arah:
2 x Furano Navigation Radar.


Sistem Peperangan Eletronik dan Pengumpanan:
Electronic Warfare EDO ITT 3601.
Sistem Pengumpanan Terma DL-6T Decoy Launching System.

Persenjataan:
Sistem Peluru Berpandu anti-kapal permukaan Exocet MM-40
Meriam Bofors 57mm


Pesawat:
Sikorsky S-70 – 14 Blackhawk Tentera Udara Diraja Brunei


Bot:
Rigid Inflatable Craft




Bot Rigid Inflatable Craft milik KDB Darulehsan


(Sumber Info: Pelita Brunei, Wizuraiworld Blog, Media Permata, Borneo Bulletin & The Brunei Times)
(Sumber Gambar: www.infofoto.org.bn)

Khamis, 12 Mei 2011

Merdeka tapi tak juga merdeka sangat

Salam, baru saja me abis exam minggu lepas. Final day, sebelah petang ada KUPU SB ada menganjurkan Majlis Ihya At-Tarbiyyah. It's about Harun Yahya tapi syg hanya wakilnya sahaja yang datang dan salam Harun Yahya sahaja yang disampaikan :(


Tapi bagus juga ceramahnya ttg penipuan evolusi (teori Darwin), tanda2 kebesaran Allah etc...

Setakat ani, Harun Yahya adalah my 3rd favourite author selepas Muhammad Isa Daud & Ahmed Deedat. Ceramah di atas adalah salah satu acara di dalam Program Harun Yahya Asia Tour 2011.


oh, ttg tajuk blogpost ne, mmglah merdeka selepas exam tapi 10 hari aje. kami tahun 3 ada TP lagi. ohh no! yalah, lama betul nda mengajar since August 2008. masih lagi "liging" otak ah.


TP abis pada 30 Jun 2011 lps tu ada latihan perbarisan kehormatan utk Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan KDYMM Kali Ke 65. Me sekali lagi dilantik kali ini sebagai Team Commander. Malas jua sebenarnya, tapi org beri kepercayaan arah kita so buatlah apa yang terbaik. hehehe sabor je lah.


Awal bulan Julai, mmg sudah berlatih di Training Centre tapi masuk minggu kedua aje dah berlatih di Taman. Working dress dah sempit so mmg rancang kan membuat yg baru. Yg ada atu keluaran 2007, masa atu masih lagi slim. masa ni, boroi udah. ada 3 sparetyre udah, hehe.


sebetulnya, blog ane hampir-hampir terlupus. Y? me lupa e-mail address utk login dan update blog. adakah patut kan mengupdate blog tapi login arah gmail & hotmail. patutnya login arah blogspotlah. apalah aku ani :p


incoming event, jeng-jeng-jeng. ada BIT 2011 (Brunei International Tattoo 2011) Sempena Jubli Emas Penubuhan ABDB bermula 31 Mei sehingga 02 Jun 2011 bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Me suka lihat brg2 yg dijual oleh askar ketani ah mcm car sticker, payung, cap, baju. dulu ada beli 2 buah cap (2 design) tapi dah season, baju berkolar tapi dah sempit (betapa gemuknya saya) and season also, payung (tapi dah hilang di salah sebuah padang golf di semenanjung 1Malaysia) and car sticker. semuanya Navy Theme. Lau ada lagi, Insya-Allah, mau beli, tapi yg design barulah, hehehe. Sampai jumpa lagi.


(Sowi, no pic. pic yg me ambil semasa ceramah pun nda clear. nda layak n nda dibenarkan utk disimpan/dipaparkan di dlm blog ane oleh Pengarah Blog)


Jumaat, 1 April 2011

Terima Kasih Semua

Salam, mula-mula me ucapkan a million thousands thanks kepada penziarah blog yg mostly dari warga tempatan dan ada jua dari US and other European countries. mcm biasa, me update blog ani @ Boustead masa ne tunggu kereta selesai diservising.


Upcoming military events:


1. Sambutan Ulangtahun Penubuhan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada Hari Selasa, 31 Mei 2011.


2. Pameran dan Persidangan Pertahanan Antarabangsa Brunei Kali Ketiga (Bridex 2011) di Dewan Pameran dan Persidangan Bridex, Jerudong mulai 6 hingga 9 Julai 2011. (Log-On to http://bridex2011.com/)




Khamis, 10 Februari 2011

Hari Kebangsaan NBD Ke 27


Salam, mula2 sekali me ambil kesempatan utk ucapkan terima kasih kpd nikki yg memberikan sedikit info berguna dlm post SALUTE UNTUK TLDB. secondly, menjelang 23 Februari 2011 ini genaplah 27 tahun NBD merdeka dan semoga merdeka selama-lamanya, Amin! cuma dlm 8 tahun kebelakangan ani, logo hari kebangsaan ketani sama saja n tahun ane logo dan tema nda berubah. y?

pada tahun ane jua, setelah sekian lama sejak 2008, me dilantik menjadi assistant parade commander untuk kadet bomba. ntah-ntah, hukuman kawadpun lupa udah hehehe. apa-apa pun me cubalah buat yg terbaik.


Our troop, semasa Hari Keputeraan KDYMM Tahun 2007. Me standing at the back (at the back of the photographer) hehehe

Me sebenarnya merancang kan buat blog Kadet Bomba dan Penyelamat NBD tapi bos kami di Pusat Latihan Bomba & Penyelamat nda bagi. Bahan banyak. Mmm, sabar sajalah. Jumpa lagi!

Selasa, 1 Februari 2011

You got 5 minutes before ...........

Salam, suspen jua tajuk post ani. actually kan update blog ane tadi tapi nda sempat sal 50 minit tadi digunakan utk update blog yg satu lagi. saja kan bagitau yg me masih ada dan akan buat post yg terbaik tahun 2011 ane. so my time already running out. bye!

Sabtu, 8 Januari 2011

SALUTE UNTUK TLDB

Hari ani me terperanjat akibat kejutan dari berita Borneo Bulletin dan Media Permata. Mana inda, Tentera Laut Diraja Brunei sudah memiliki kapal peronda yang baru. Kapal peronda (Offshore Patrol Vessel) berkenaan adalah dari Kelas Darussalam yang dinamakan KDB Darussalam, KDB Darulehsan dan KDB Darulaman. Kapal-kapal ini akan menggantikan kapal-kapal peluru berpandu yang lama dari Kelas Waspada yang sudah berkhidmat lebih dari 30 tahun.

Sebenarnya, pada sekitar tahun 2003-2004, TLDB hampir memiliki 3 buah kapal peronda generasi baru (New Generation Patrol Vessel atau NGPV) tetapi apabila kapal-kapal tersebut telah siap maka didapati beberapa perubahan telah dibuat sehingga hilang sentuhan asal seperti yang telah ditempah sehingga berlaku pembatalan pembelian. Kapal tersebut telahpun diberi nama (KDB Nakhoda Ragam, KDB Jerambak dan KDB Bendahara Sakam).

Ketani liat dulu spesifikasi kapal peronda yang baru ani:

Buatan:

LUrssen Shipyard, Lemwerder, Persekutuan Republik Jerman.

Berat:

Sekitar 2000 tan tanpa bebanan dan 2500 tan dengan muatan.

Panjang:

80 meter

Lebar:

13 meter

Kuasa Dorong:

Enjin Diesel

Bilangan Kipas:

2

Kuasa Pemutar:

Tidak diketahui.

Unit Kuasa Eletrik:

Tidak diketahui.

Jumlah Kuasa Eletrik:

Tidak diketahui.

Kelajuan:

20 knot

Jarak Operasi:

200 batu nautika bagi melindungi Zon Ekonomi Eksklusif Negara dan 8000 batu nautika jika beroperasi di luar dari zon berkenaan.

Daya Tahan Operasi:

21 hari

Kekuatan Anggota:

80-90 anggota dan pegawai tentera laut.

Anggota Tumpangan:

24 anggota Regimen Gerak Khas dan/atau 8 krew dan juruterbang helikopter Tentera Udara Diraja Brunei

Radar:

Tidak diketahui.

Pandu Arah:

Tidak diketahui.

Sistem Peperangan Eletronik dan Pengumpanan:

Tidak diketahui.

Persenjataan:

Sistem Peluru Berpandu anti-kapal permukaan Exocet MM-40

Meriam Bofors 57mm

Pesawat:

Sikorsky S-70 – 14 Blackhawk Tentera Udara Diraja Brunei

Kapal-kapal ini dilengkapi dengan geladak pendaratan helikopter bersaiz sederhana seperti Blackhawk dan turut disediakan juga ialah hangar. Rasanya ini kali pertama negara ketani membeli barangan buatan Jerman. KDB Darussalam dan KDB Darulehsan akan tiba pada Mei ini sebelum sambutan Hari Ulangtahun Penubuhan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke 50 Tahun pada 31 Mei. Manakala KDB Darulaman sedang menjalani ujian dan dijangka akan memasuki perkhidmatan pada Ogos tahun ini.

Selain dari kapal peronda, TLDB juga telah menerima empat buah kapal peronda laju (Fast Patrol Vessel) yang baru dari Kelas Ijhtihad sepanjang 41 meter iaitu KDB Ijhtihad, KDB Berkat, KDB Syafaat dan KDB Afiat. Kapal-kapal ini akan menggantikan kapal peronda laju dari Kelas Perwira. 2 buah darinya telahpun beroperasi sejak Mac 2010 manakala selebihnya akan beroperasi pada Ogos ini.

Salute untuk TLDB!

Gambar kapal kelas, DARUSSALAM yang baru bagi Tentera Laut Diraja Brunei. - Gambar Ihsan Kementerian Pertahanan. (via Media Permata Online)