Bila tiba akan kehadirannya
pertama ramadan ini
bersambutlah mereka seadanya
dengan penuh keinsafan
mencari pengertian
Walau jauh dari kemahuanmu
pertama ramadan ini
ketika mencampuri sesuatu
tiap gerak dan nafas
hanya izinanmu jua
Dan seringkali kita terlupa
hakikat puasa sebenarnya
dan seringkali kita terleka
maksud tersirat
semua nikmatnya
Pertama ramadan ini
aku tidak berlapar lagi
kerana mengingatiMu
Pertama ramadan ini
aku tidak kehausan lagi
kerana merinduiMu
Aku telah tahu segala-galanya
erti sebenarnya puasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan