Wizurai's Slide

Sabtu, 20 Februari 2010

Ruginya Kita

Salam! Aku suka perhatikan gelagat manusia selepas imam memberi salam semasa Solat Jumaat, byk jemaah yang chow. masih ada yg nda menyedari, kepentingan doa yg dibaca after solat a2. doa yg pertama adalah doa utk raja yg kitani kasihi manakala doa yg kedua adalah doa memohon kekayaan. kalau hafal blehlah blah lps solat p lau nda hafal, rugi klau nda tunggu.
doa atu sesuai dgn firman Allah di dlm al-Quran, surah al-Jumu'ah ayat 10 mafhumnya: "Dan apabila kamu telah selesai solat (Jum'at) maka bertebaranlah kamu di atas muka bumi ini dan carilah sebahagian dari kurnia Allah serta ingatlah Allah byk2 semoga kamu tergolong di dalam org2 yg beroleh kejayaan."
So apalagi, jgn kluar selepas imam memberi salam, k.
KISAH HARIMAU YG BERIMAN
"Alkisah... .. Seorang lelaki Islam ponteng solat Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur. Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.
"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng solat jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."
Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 berhenti betul2 di hadapan lelaki tadi. Rupa2nya harimau itu betul2 bertukar menjadi seekor harimau yang beriman. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lanaa, fimaa razaktanaa, wa qinaa 'azzabbannaar. Amin! "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan