Wizurai's Slide

Selasa, 3 April 2012

Jet Pejuang Tentera Udara Diraja Brunei







Salam,
Biar betul tajuk blogpost ane. Hehe actually me ada terbaca satu post dlm local blog. Satu-satunya jet pejuang yang dimiliki oleh TUDB ialah Pilatus PC-7 Mk II. Ianya bukanlah bertaraf jet tetapi pesawat udara bagi tujuan latihan. Pihak Swiss mengeluarkan pesawat ini hanya tujuan untuk membuat latihan asas penerbangan sahaja. so pesawat ini tidak mempunyai tempat menyimpan senjata meriam, bom dan misil. Walaupun begitu, terdapat negara yang "melanggar" perjanjian penjualan dengan pihak Swiss dengan memasang senjata serta melakukan serangan.

Sebenarnya, sekitar tahun 1988-1989 terdapat ura-ura TUDB (ketika itu ATU DB) mahu membeli jet pejuang Bae Hawk versi 100 atau 200 sebanyak 8 buah tapi pembelian tersebut tidak pernah berlaku.

TUDB menerima pesawat ini sebanyak 4 buah dan memulakan operasi pada tahun 1997.   Pesawat ini menggantikan peranan dua buah pesawat SIAI Marchetti SF260W yang telah digunakan sejak tahun 1982.

Kenapa Brunei tidak memiliki pesawat udara bertaraf jet pejuang? Mungkin banyak sebabnya. Antaranya:

1. Kebanyakan negara jiran tidak mempunyai konflik dengan negara kita. Jika wujudpun boleh diselesaikan dengan urusan diplomatik dan melalui pakatan ASEAN.

2. Peruntukan untuk Kementerian Pertahanan sekitar BND 500 juta belum memadai untuk mewujudkan sebuah skuadron jet pejuang kerana kos (pembelian, penyelenggaraan) sangat tinggi. TUDB memerlukan sekurang-kurangnya 4 buah jet pejuang bagi membentuk sebuah skuadron.

3. Peralatan pertahanan udara semakin canggih dengan harga yang lebih murah dari jet pejuang tetapi mampu menjatuhkan jet pejuang. Buat masa ini TUDB memiliki sistem misil pertahanan dari bumi ke udara Rapier dan Mistral. Tidak mustahil kita akan memiliki sistem pertahanan udara yang terbaru.

4. Jika kita mahukan aset tempur udara, kita boleh bentuk sebuah skuadron helikopter tempur atau bersenjata. TUDB (ketika itu Cawangan Udara Askar Melayu Diraja Brunei) pada sekitar tahun 1980an pernah mengoperasikan BO-205 dengan peluru roket dan Bell 212 dengan "door-gunner".

5. Secanggih manapun jet pejuang, ia belum mampu beroperasi sendirian. Kejayaan serangan jet pejuang ke atas sasaran darat bergantung kepada maklumat risikan dan tinjauan pasukan lain di daratan.


Mungkin juga pada masa akan datang, TUDB "terbuka hati" untuk memiliki pesawat Pilatus PC-21 yang boleh dipasangkan senjata. Siapa tahu.

Oklah. Ada sedikit info tentang PC-7 Mark II milik TUDB ini:

Fungsi: Pesawat udara latihan ringan

Buatan: Pilatus Aircraft, Swiss

Penerbangan Sulung: 12 April 1966 (Prototaip), 18 Ogos 1978 (Pengeluaran)

Tahun Diperkenalkan: 1978

Status: Masih digunakan

Enjin dan Kuasa: PT6A-25C 522 kW (700 shp)

Pengguna TUDB: Sekolah Latihan Penerbangan, TUDB & Pasukan Akrobatik Alap-Alap, TUDB

Mula digunakan TUDB: 1997 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan