Salam, napa agaknya tarikh di atas jadi tajuk blogpost kali ane? Kita selalu ingat tarikh pemasyhuran kemerdekaan negara Brunei iaitu 31 disember 1983 dan mulai 1 januari 1984 negara kita merdeka dari naungan (bukan jajahan) British. Manakala setiap 23 febuari pada setiap tahun kita menyambut Hari Kebangsaan. Tetapi apa yg berlaku pada 10 jun? Ok, pada tarikh tersebut 67 tahun yg lalu, lebih tepat lagi 10 jun 1945, tentera Australia tiba di Teluk Brunei di dalam usaha menawan kembali Borneo dari tangan Jepun. Bukan itu sahaja bahkan mereka terpaksa bertahan di sana bagi menghadapi serangan tentera Jepun sehingga bantuan pengeboman dari udara datang.
Biasanya pada tarikh tersebut pada setiap tahun kebelakangan ini, veteran tentera berkenaan akan datang berkumpul di pantai Muara bagi memperingati rakan2 mereka yg terkorban semasa mendarat di kawasan berkenaan. Oklah, itu sejarah perang. Pada tarikh tersebut, 67 tahun kemudian me bercuti ke KL melalui Miri. Eh eh. Baru2 ne juga masa me di KL, sebutir bom peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di Batu 2, Jalan RIPAS (dulu Jalan Tutong). Buat yang tak tau ttg cetar tu, nantilah me copy-pastekan dari Media Permata & Borneo Bulletin.
Ok, masa ne me di Jln bukit bintang. Pada hari pertama, kami ke JB. seharian. Malam baru sampai KL. Hari kedua kami ke Genting Highland (mcm satu kemestian plang, hehe) Ada satu payung mirip senapang sniper siap dgn celoreng lagi me beli dalam RM40 tapi dalam hati was-was juga kalau2 benda tu tak approved untuk di bawa naik flight. Bila balik, barulah risauan jadi kenyataan. cheh!
Payung tersebut terpaksa dirampas oleh polis di LCCT sebab menyerupai senjata :-( tapi satu payung lagi mirip pistol Captain Jack Sparrow (Pirates of the Carribean) lulus scanner. Sebagai kenangan, me ambil je sarung payung senapang tu. sayang sbb bukan sahaja sarungnya celoreng tetapi payungnya pun celoreng. me mmg suka kumpul benda2 mcm ne tapi dah bukan rezeki, sabor je lah.
Pada 31 Mei lps me turun ke Naval Base utk lihat pameran n beli cenderamata. sempat juga me ambil gambar yg interesting n susah nak dapatkan di dlm internet.
Logo Rejimen Pasukan Khas
Land Rover Defender - Special Operation Vehicle
Logo Perintis TUDB - No.1 Skuadron Helikopter, Cawangan Udara Askar Melayu Diraja Brunei. Me pernah lihat logo ne kat pintu helikopter yang sudah menjadi tugu di pintu masuk Pengkalan Udara TUDB Rimba
Logo awal No.3 Squadron, Basic Flying Training School
Betul ke? Logo Pengkalan Operasi Depan (Forward Operation Base) TUDB
3 buah bot sama ada milik TLDB atau RPK. Me tak pasti sebab kedua-dua pasukan menggunakan bot dari jenis yang sama
Helikopter BO105 dengan pod roket serangan dari udara ke bumi seperti yg me mention pada blogpost "Jet Pejuang TUDB"
Helikopter Bell dengan door-gunner di kedua belah tepi pintu helikopter. Me dah mention heli ne dlm blogpost "Jet Pejuang TUDB"
Itulah sedikit sebanyak yang dapat me muatkan dalam blogpost kali ini. Untuk blogpost akan datang, Insya-Allah me akan lihatkan beberapa patches dari TUDB dan unit-unit di bawahnya. Jumpa lagi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan