Wizurai's Slide

Selasa, 24 Julai 2012

National's Loss

Salam Ramadhan, maybe dalam 3-4 hari ane ada yg masuk sini to read about the tragic accident happen last friday afternoon. Me ada ikuti perkembangan tersebut by news (Pelita Brunei, Borneo Bulletin, Media Permata & Brunei Times) yg akan me muatkan di dalam blogpost kali ini. How was the tragedy happen? The investigation still go on. we hope, we will know. didoakan semoga roh mereka yang terkorban dilimpahi rahmat Allah SWT & 2 org yg cedera, hopelly to recover.



Tragedi menyayat hati (Media Permata - Sabtu 21.07.12)
Gambar oleh Dean Kassim


Baginda Sultan berkenan meninjau keadaan salah seorang mangsa yang dirawat di Hospital RIPAS



 Baginda Sultan berkenan menemui ahli-ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Baginda Sultan selepas berkenan melawat bilik bedah di hospital RIPAS





Gambar fail helikopter Bell 212.

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar perutusan takziah kepada ahli-ahli keluarga yang terlibat dalam nahas kemalangan helikopter Bell 212 Tentera Udara Di-Raja Brunei di Ulu Belait yang berlaku pada hari ini, mengakibatkan kehilangan jiwa, kecederaan dan yang masih belum ditemui.

Kemalangan tersebut yang melibatkan 14 anggota Angkatan Bersenjata Di-Raja Brunei telah mengorbankan 10 orang anggota, dua orang cedera manakala dua orang lagi daripadanya masih belum ditemui.

Ia merupakan satu tragedi paling menyayat hati yang berlaku sehari sebelum umat Islam menyambut puasa Ramadhan 1433 Hijrah.

Dalam perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia merasa amat dukacita apabila mengetahui akan kejadian berkenaan dan seterusnya menyampaikan ucapan takziah kepada ahli-ahli keluarga mangsa-mangsa yang terkorban dan berharap mereka akan banyak-banyak bersabar serta berdoa semoga roh-roh mereka akan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Bagi mereka yang cedera dalam kemalangan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga mendoakan semoga mereka akan lekas sembuh.

Dalam pada itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga seterusnya menitahkan supaya langkah-langkah segera dan berterusan diambil oleh Angkatan Bersenjata Di-Raja Brunei dan agensi-agensi berkenaan bagi mencari mangsa-mangsa yang masih belum ditemui.

Berikutan daripada kejadian tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berkenan berangkat ke Pangkalan Angkatan Tentera Di-Raja Brunei di Kampung Rimba untuk melihat sendiri secara dekat mangsa-mangsa yang telah terkorban yang telah dibawa pulang dari lokasi kemalangan.

Juga berada di Pangkalan Angkaran Tentera Udara tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Leftenen Muda Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan berangkat ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS) untuk meninjau keadaan mangsa-mangsa yang cedera yang sedang menerima rawatan.

Semasa berada di Pangkalan Angkatan Tentera Udara Di-Raja Brunei di Kampung Rimba dan di Hospital RIPAS, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkesempatan menemui ahli-ahli keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan