Aku minat dlm bidang tentera sejak tahun 1999 selepas mliat ceta Independence Day iaitu mula dgn tentera udara/jet pejuang. Sejak itu aku kumpul model2 jet pejuang keluaran Maestro mcm MiG-29 Fulcrum, SU-35 Super Flanker, F-14 Tomcat, F-15 Eagle, F-16 Falcon, F-18 Hornet, F-117 Stealth Fighter dan beberapa model lain p udah hilang dari simpanan.
Kemudian perhatian aku beralih k tentera darat selepas melihat ceta Black Hawk Down (sebuah kisah benar). Seingatku dlm tahun 2001. Start atu me suka memerhati persenjataan pasukan tentera darat/infantry dan juga helikopter. Kegilaan aku terhadap benda2 mcm membuat aku suka membeli kelengkapan pakaian ala-tentera dan majalah yg berkaitan. Itu yg me pakai dlm frontpage blog ne (liat atas kiri, sementara stok masih dipaparkan). Masa ni aku tgh fikir2 kan buka satu kedai yg membekalkan semua ne (mcm GL Extra n ACE Agencies).
Masa ane aku tgh fokus dlm Naval Warfare, Advanced/Hi-Tech Warfare & Special Force Warfare. Masa ngajar d semaun, aku slalu liat burung putih (maybe kenawai atau bangau kali) dan burung raja udang terbang rendah menyambar ikan yg berada d permukaan. Tetiba saja ku terklik satu pasukan udara utk tentera laut. Yalah selama ani, ruang udara Brunei dimonopoli oleh TUDB, RBA, AirAsia (hehehe) dll. Aku siap buat suggestion lagi pesawat yg digunakan oleh pasukan tersebut termasuk logonya. Liat logonya di bawah ini.
Masa atu aku peka ttg pembangunan TLDB termasuk perolehan kapal perang, logistik & pembawa helikopter. TLDB mmg ada ura2 hendak membeli 2 kapal peronda generasi baru (NGPV) yg ada helipad & heli-hangar dan lau nda salah udah dinamakan: KDB Bendahara Sakam & KDB Jerambak tapi ntahlah, napa nda jadi. Lau jadi, mungkin atu kapal yg tercanggih yg pernah dimiliki TLDB sejauh ani dan nda mustahil TLDB akan menubuhkan unit helikopternya sendiri (mesti SH-70 Seahawk).
Me minat main game yg berbentuk perang. Ada beberapa koleksi emas mcm Independence Day (PSone), Ace Combat 2 (PSone), Delta Force - Black Hawk Down (PS2), Delta Force - Black Hawk Down – Team Sabre (PS2), Ghost Recon (PS2), Jungle Recon (PS2), US Navy SEALs SOCOM 3 (PS2) & US Navy SEALs SOCOM Combined Assault.
SATU PANDANGAN: Di antara 3 unit ABDB yg ada, me rasa TLDB bleh dibangunkan dgn pesatnya dan jika berlaku pembangunan tersebut maka TLDB bleh mempertahankan Brunei tanpa bantuan TLDB & TUDB. Caranya? Tubuhkan pasukan di bawah ini:
Pasukan tentera berjalan kaki milik tentera laut atau boleh dinamakan sebagai Kor Marin TLDB (RB Navy Marine Corps) yg mengandungi pasukan infantry dan unit kereta perisai amfibia.
Pasukan udara tentera laut atau boleh dinamakan sebagai Skuadron Udara TLDB (RB Navy Air Squadron). SH-70 Seahawk adalah salah satu asset utamanya.
Pasukan khas tentera laut (nama pasukan belum terfikir nak buat)
Pasukan penyelam tentera laut (Skuadron Penyelam Tempur/ Combat Diver Squadron)
Lau TUDB, me suka f durang memiliki helicopter bersenjata/tempur. Jgntah fikirkan Apache, Comanche, Agusta, Rooivalk, Eurocopter Tiger dll apalagi jet2 pejuang. P helicopter yg sedia ada mcm Bell Huey boleh dinaiktaraf jadi helicopter tempur selain helicopter BO-205. lau u all penah liat ceta XXX (bukan filem lucah ah) lakonan Vin Diesel, ada satu sequence serangan tentera ke atas markas dadah di Amerika Latin. Ada helicopter mirip Bell Huey melakukan tembakan melalui senjata yg dipasang di bawahnya. Helicopter Bell Huey TUDB boleh dipasangkan senjata sedemikian di tempat yg sama dan sebagai tambahan, di kiri dan kanan helicopter dipasangkan pilon bagi menempatkan sistem misil anti kubu, anti pesawat atau anti kereta kebal. TUDB pun boleh memiliki pasukan askar yg sendiri melalui konsep Airborne atau Heliborne.
OKlah, panjang sangat cetaku kali ane. Syok banarnya ckp sal ne trutamanya lau minat. Lau nda minat, nda payah cakaplah. Btw diucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun ke 48 kepada warga ABDB!