Wizurai's Slide

Jumaat, 24 Julai 2009

Think about RB Navy Museum (KDB Pahlawan)



Semasa mula-mula melawat Muzium Brunei dan Muzium Teknologi Melayu, saya terlihat sebuah bangunan di tebing Sungai Brunei berdekatan dengan MTM. Guru saya bertanya kepada pemandu pelancong kami tentang bangunan berkenaan. Beliau menjawab dengan ringkas: Muzium Kapal! Masa itu (tahun 1986), `Muzium Kapal’ masih nampak baru. 20 tahun kemudian (2006), saya mengikuti rombongan sekolah melawat ke tempat itu dan kami menggunakan jalan sungai. Kami menaiki jeti berhampiran bangunan `Muzium Kapal’ berkenaan dan saya perhatikan bangunan yang dikatakan muzium itu telahpun usang tanpa sebarang usaha pulihara. Kecewa juga melihat kapal yang pernah bertugas mengawal perairan Brunei suatu ketika dahulu terbiar begitu sahaja.

Jika tidak silap, kapal berkenaan adalah KDB Pahlawan iaitu kapal ronda laju (Fast Patrol Craft Vessel) yang pertama dan satu-satunya dimiliki oleh Askar Melayu Diraja Brunei (AMDB) dan menjadi Flag Ship bagi Boat Company AMDB. Pemilikan kapal berkenaan meningkatkan keupayaan unit berkenaan serta menjadikannya sebagai salah satu cawangan besar AMDB dan secara rasmi dikenali sebagai Angkatan Laut Pertama, Askar Melayu DiRaja Brunei (ALP AMDB). (Sumber:
www.mindef.com.bn)



KDB Pahlawan



Setahun yang lepas saya terbaca satu tawaran (kontrak) untuk merobohkan kompleks berkenaan. Terlalu sayang, fikir saya. Tidak adakah inisiatif pihak-pihak berkenaan untuk mengubahsuai bangunan muzium dan menjadikannya lebih menarik? Mungkin ada di antara pembaca yang mengetahui tentang muzium Tentera Laut Amerika Syarikat atau Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia. Mengapa kita tidak membuat seperti apa yang mereka buat?

Di sini saya utarakan beberapa cadangan jika pihak yang berkenaan berfikir untuk melaksanakan pembaharuan terhadap Muzium Kapal:

Pentadbiran:

Muzium ini dinamakan KDB Pahlawan Muzium Kapal Tentera Laut Diraja Brunei
Muzium ini diselenggarakan oleh Tentera Laut Diraja Brunei
Muzium ini diketuai oleh Pengarah berjawatan Kolonel (L)
Waktu melawat adalah sama seperti waktu bekerja ABDB

Bangunan:

Mengandungi 2 buah blok, satu di darat dan satu di air (bangunan yang sedia ada)
Bangunan di darat adalah balai pameran, jualan cenderamata & pejabat pentadbiran manakala bangunan di air adalah bertutup bagi kapal

Muzium Kapal dari pandangan udara
Isi Muzium:

Balai Pameran: sejarah Muzium TLDB, pakaian seragam yang pernah digunakan, bendera TLDB yang pernah digunakan, sejarah penuh (pembelian, pentauliahan sehingga ia dilucutkan tauliah) kapal yang dipamerkan termasuk dokumen, gambar-gambar, senarai penuh anak kapal yang pernah bertugas, peralatan yang digunakan kapal.
Bangunan kapal: kapal dicat semula mengikut warna asal, senjata statik, peralatan dalam kapal, pemandangan haluan kapal.

Dengan itu, para pelancong khususnya pelancong tentera akan dapat melawat muzium khas ketenteraan & who knows satu hari nanti cawangan ABDB yang lain akan membuka muzium yang tersendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan