Wizurai's Slide

Ahad, 17 Julai 2011

Helikopter Baru TUDB

Salam. Akhirnya TUDB bakal memiliki helikopter baru! Menurut sumber dari Kementerian Pertahanan, sebanyak 2 dari 4 buah syarikat pembuat helikopter akan bersaing bagi mendapatkan kontrak bagi Projek Support Helicopter iaitu Syarikat Eurocopter yang mencadangkan helikopter utiliti berat EC725 dan helikopter utiliti ringan EC645T2 manakala Sikorsky Aircraft Corporation telah menawarkan S-70i Black Hawk iaitu versi antarabangsa helikopter UH-60M yang sedang digunakan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat.

Projek Support Helicopter ini bermula pada Ogos 2010 dengan usaha Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi (P3ST), Kementerian Pertahanan. Perundingan dan seterusnya penandatanganan kontrak akan berlangsung di kilang syarikat yang terpilih pada penghujung tahun ini. Kumpulan pertama helikopter-helikopter berkenaan dijangka tiba pada tahun 2014.




Helikopter ringan EC645T2


Helikopter EC725



S-70i (i - international) Black Hawk



Sumber: Pelita Brunei, Borneo Bulletin & Website Kementerian Pertahanan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan