Wizurai's Slide

Ahad, 9 Oktober 2011

Kalaulah kamu seorang Muslim,

Kalaulah kamu seorang Muslim,
tentu seluruh umat Islam akan meratapi pemergianmu,
kerana engkau juga menyumbang idea,
kepada umat Islam.

Kalaulah kamu seorang Muslim,
sudah pasti umat Islam merasa kehilangan besar,
kerana engkau telah berbakti,
demi manusia sejagat.

Kalaulah kamu seorang Muslim,
pasti kami menghadiahkanmu al-Faatihah,
hanya itu yang kami lakukan,
setelah kamu menemuiNya.

Kalaulah kamu seorang Muslim,
walaupun kita saling berjauhan,
akan kami dirikan solat jenazah,
buat dirimu yang telah ghaib.

Kalaulah kamu seorang Muslim....


Buat Steve Job (1955-2011)

Thanks dihasilkan oleh Jonathan Mak Long, 19. Seorang perekabentuk dari Hong Kong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan