Wizurai's Slide

Sabtu, 4 Februari 2012

CN235 TUDB Bawa Pulang Mangsa






Berikutan dengan kemalangan jalanraya tragis yang berlaku pada 20 Disember 2012 di Jalan Ranau,Tamparuli berhampiran Kampung Kaporingan di Tuaran, Sabah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan memerintahkan bagi semua Kementerian yang berkaitan, yang termasuk Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian lain serta pihak berkuasa yang berkenaan dalam Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk melaksanakan peranan mereka dalam memberikan bantuan penuh kepada mangsa-mangsa.
Selain dari sebuah penerbangan khas dari Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) turut melakukan penerbangan bagi membawa balik mangsa. Untuk itu, sebuah pesawat pengangkut CN 235 dari No. 5 Skuadron TUDB telah melaksanakan tugas yang penuh berkebajikan ini dengan penglibatan sejumlah lapan krew TUDB, yang terdiri daripada tiga orang juruterbang, seorang pegawai perhubungan dan empat orang ‘loadmasters’.
Pesawat CN235 telah menjalankan beberapa pelepasan penerbangan di Hanger ‘B’ Pengkalan Tentera Udara Rimba. Penerbangan pelepasan pertama, membawa empat mangsa tiba pada jam 3:05 petang, manakala penerbangan kedua yang membawa empat mangsa lagi tiba kira-kira jam 5:40 petang, dan penerbangan ketiga membawa dua lagi mangsa tiba pada jam 7:55 malam. Menunggu ketibaan mangsa-mangsa di Pangkalan Tentera Udara Rimba ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Pemangku Menteri Pertahanan dan Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri serta pegawai-pegawai kerajaan yang lain dan keluarga mangsa. Semasa ketibaan, mangsa-mangsa yang tiba telah dipindahkan terus ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk rawatan perubatan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan