Wizurai's Slide

Selasa, 26 Jun 2012

Bom tinggalan zaman Jepun ditemui

Oleh Mohamad Asyramisyanie
Gambar oleh Haji Minor
Bom lama berukuran 16 inci dan ukuran lilitan 30x8 sentimeter yang ditemui di Jalan Tutong kelmarin.

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun - Pekerja sebuah syarikat kontraktor dan penghuni sekitar Batu 2 Jalan Tutong gempar hari ini apabila menjumpai keluli yang dianggap biasa, namun ia sebenarnya sebutir bom lama yang masih aktif.

Bom itu ditemui oleh seorang pekerja semalam ketika beliau menggali tanah untuk memasang lampu neon dan segera melaporkan mengenainya kepada pengawal yang bertugas di sana.

Skuad Letupan EOD dari Unit Kimia, Biologikal dan Letupan Radiasi ABDB berkejar ke tempat kejadian dan berjaya mengeluarkan bom itu untuk dipindahkan sebelum dimusnahkan petang tadi.

Bom itu dipercayai peninggalan zaman penjajahan Jepun dengan ukuran lilitan 30x8 sentimeter dan berjaya dikeluarkan oleh Skuad Operasi Khas ABDB.

Jalan itu ditutup dari awal pagi hingga petang bagi kerja-kerja mengeluarkan bom itu.

Manakala penghuni dua blok yang berhampiran lokasi bom juga diarahkan mengosongkan bangunan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Turut terlibat ialah Unit Simpanan Polis Diraja Brunei.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan