Wizurai's Slide

Rabu, 21 Oktober 2009

Hemmmpphhh!!!!!

Ngalih jua dalam sebulan ane namun apa yg penting ialah jaga kesihatan. kuliah dah masuk minggu ketiga p kaja masih byk bertimbun terutamanya subjek KKAU yang paling byk bagi kaja. p semua atu kan disiapkan jua ASAP. me tak sabar kan tunggu exam ahir semester sal lps tu boleh cuti hehehe. baru-baru ini dtg friendlies dari Padang Sumatera Indonesia. tgh buat kajian tentang sejarah Brunei so oleh sebab dah diamanahkan oleh boss makanya saya (ceh mcm indon tia jua) bawa durang ani jln2.
mula-mula ke kubah makam diraja pada pagi jumaat lps. pastu lps solat jumaat tak dapat sal me ada jemputan d rizqun so me tinggalkan durang suruh sukat besar dan lebar the mall ah hehehe.

pagi sabtu, bawa durang ke kupusb untuk perbincangan dgn beberapa org prof. dr. tghari bawa ke Institut Tahfiz SHHB and then ptg ke kupusb lagi. esoknya, kami mlawat ke tempat2 yg ada di antaranya me sendiri nda pernah sampai2 mlawat like: ronda2 kg air, galeri warisan kg air (nda byk bahan but still menarik), lagun bahtera kenaikan diraja masjid soas, istana darussalam n bangunan alat-alat kebesaran diraja. dari pemandu bot, me dpt tahu yg bahan2 dari muzium kg air (kelolaan awg hj mahmud) tidak termasuk di dlm galeri. me sangka dulu, segala artifak d muzium kg air di tempatkan d galeri warisan but nda. ada masalah. mun ku taho, ku bawa durang melawat muzium kg air @ rumah hj mahmud sal dsana lagi byk barang bersejarah.

tadi ada majlis membaca yasin dan bertahlil d kubah makam diraja. dtg jua sal takut nada guru pengawas. i come exactly sebelum majlis bermula. selps majlis, me dan hilmey berbincang dgn tuan bungsu n che jamal about future planning for fire rescue cadet. pastu balik semula k kupusb. me enjoy buat smua kerja tu, at the same time ngalih jua ah, Hemmmpphh!!!!! :-p

p/s: sowi sal nada foto kan diliatkan.

Jumaat, 2 Oktober 2009

walaupun terlambat.......

Salam, walaupun terlambat, me tetap ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H kepada sesiapa yang berjaya menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan! Semoga kita diketemukan lagi dengan Ramadhan yang akan dtg, Amin! Mmmm atu sajalah hehehe

Isnin, 24 Ogos 2009

Suatu Hari Di Bulan Ramadhan

Peristiwa ini berlaku pada ramadhan 1429 (tahun lepas). Kisah pertama; bermula apabila selepas habis kelas, me jln k Kiulap utk k travel agency dsana (Darussalam Holding). otw k pintu masuk me ternampak seorg ibu dan anak perempuannya (maybe) jalan bertentangan dgn me. me no problem dgn ibunya sal ibunya bersopan bertudung dan berpakaian tapi anaknya atu saja. kabak-kabak hati melihat anaknya atu (around 18 or 20's); nda pakai tudung n pakaiannya agak sendat sampai nampak susuk tubuh yg montok atu yg me rasa nda sesuai dipakai semasa bulan ramadan (at least) atau sebagai muslimah. mungkin ada yg bercakap: liat plang arah lain or pemandangan biasa jua tu! Yalah, but we're in fasting month, dont u get it? lau nda puasapun, tolonglah selamatkanlah puasa org yg mungkin terlihat auratmu. i think, pihak penguatkuasa ugama yg byk menangkap org2 islam yg nda puasa (makan, minum & merokok) pada siang hari bulan ramadan patut diberi kuasa untuk menegur individu yg berpakaian kurang sesuai dgn bulan ramadan b'coz durang yg berpakaian catupun nda menghormati bulan suci ramadan.
Semasa bridex 09 d Jerudong, byk jua bruneian girls yg pakai baju belah dada (nampak pangkal buah dada). bukan saja yg datang, but yg bertugas d pameran / ajk pun pakai baju ala-ala camtu jua. inikah kan diliatkan rah org luar? bukankah HM sendiri pernah bertitah agar anak remaja ketani dipantau sepenuhnya terutama dalam hal berpakaian. nda payah jua kan tunggu surat keliling JPM tentang etika berpakaian org islam brunei. cukuptah membaca dari tafsir al-quran dan sunah nabi sahaja. bila-bila masa sahaja musuh-musuh islam cuba merosakkan belia-belia islam kerana runtuhnya moral belia-remaja islam maka akan runtuhlah islam atu sendiri.
me rasa lau org perempuan kitani pakai tudung, pengunjung akan tetap jua dtg meliat pameran. lihat Iran, walaupun ada sekatan AS, mereka bangunkan peralatan senjata sendiri, sistem C4I sendiri, pakaian & stadium sukan tertutup untuk wanita dan petugas wanita d pameran antarabangsa yg menutup aurat. nda dangki kah? pameran laku & dosa pula dihindari. btw pameran atu bagus jua, thumb-up utk kementerian pertahanan!
ok sambung kisah kedua; jua tahun lepas dekat2 raya, me dibawa oleh nenek dan pakcik2 melawat k tanah2 perkuburan d kawasan bsb. apa yg mengejutkan ialah kehadiran gadis2 remaja d tempat berkenaan. pakaian jua yg menjadi isu, mcm kan shopping saja w'pun bertudung tapi mcm melawa saja. mungkin niat indung durang utk melatih durang membiasakan menziarahi kubur2 kaum keluarga tapi lau camni mcm ada tujuan lain saja dtg ke kubur ah. mcm ada pesta saja. lau ada parents yg terbaca blogpost ane tolonglah perhatikan pakaian anak biskita atu. jgn sampai memakai pakaian yg non-islamik dan kurang sesuai pada tempatnya. di sini kita lihat ada rasionalnya baginda Rasulullah SAW (kita semakin jauh dari baginda) melarang kaum muslimin dari menziarahi kubur masa awal zaman Islam mula berkembang tetapi diharuskan kemudian namun ditegah pula ke atas kaum wanita (tetapi tidaklah sehingga dihukumkan haram) kerana takut dikhuatiri difitnah. lihatlah apa yg berlaku pada hari ini.
sebenarnya, adab ziarah kubur ini digalakkan semata-mata supaya mengingatkan kita akan kematian yg bila2 masa saja menjemput kita. but bukan ditetapkan waktunya dlm bulan ramadan dan syawal sahaja, hari dan waktu lain pun boleh (tapi jgn tghmlm, atu confirm kana fitnah tu). lau time ramadan & syawal, setahun sekali saja. cubatah, at least seminggu sekali pagi jumaat kah. makmurkan tah hari jumaat atu kerana ia penghulu (ketua) bagi hari, hari haji & umrah bagi org fakir & hari raya bagi org miskin). bersedekahpun camtu jua.
ok, dah panjang lebar ne. ada 40 minit lagi kan sungkai. so me publish post ane dulu pastu me kan jln kuar bli penyungkaian. selamat berpuasa, semoga puasa kita diterima oleh Allah jua. Ramadhan Kariim!

PERTAMA RAMADAN INI

Bila tiba akan kehadirannya
pertama ramadan ini
bersambutlah mereka seadanya
dengan penuh keinsafan
mencari pengertian

Walau jauh dari kemahuanmu
pertama ramadan ini
ketika mencampuri sesuatu
tiap gerak dan nafas
hanya izinanmu jua

Dan seringkali kita terlupa
hakikat puasa sebenarnya
dan seringkali kita terleka
maksud tersirat
semua nikmatnya

Pertama ramadan ini
aku tidak berlapar lagi
kerana mengingatiMu

Pertama ramadan ini
aku tidak kehausan lagi
kerana merinduiMu

Aku telah tahu segala-galanya
erti sebenarnya puasa

Jumaat, 31 Julai 2009

UFO Sighting @ Lumut - My Experience




kemarin (30 julai 2009) me membaca newspaper (media permata & borneo bulletin) about UFO sighting d lumut. i think durang family yg nampak atu bukan mereka-reka cerita. a few days before (sunday), masa me balik dari miri, me duduk di kerusi belakang sebelah kiri sambil memerhatikan pemandangan di lumut. masa atu around 7 - 8 pm.

tiba-tiba me ternampak satu cahaya seakan-akan ditembak dari bumi ke udara. me sangka atu pistol suaran (signal pistol). after that, cahaya tu terapung di udara. dlm me punya fikiran, tentu peluru pistol suaran itu deploy parachute supaya lambat turun. then, secara mendadak cahaya itu turun dgn kecepatan yg luar biasa. bukan turun terus ke bawah but bergerak ke depan sambil menurun melengkung lalu menghilang.

me diamkan saja barang atu coz takut famili yg ikut masa atu fikir yg bukan2 (ghost, hantu dll) but until yesterday ada lagi org teliat benda tu. mungkin jua meteor shower seperti yg dinyatakan oleh wakil Persatuan Astronomi Brunei Darussalam.

But teori planet venus tu me tolak awal sebab benda yg me nampak tu macam melayang dan tidak statik. krg petang me cuba duduk di pantai tungku, mana tau ada. kawasan pantai sangat lapang utk memerhatikan kejadian sedemikian. ok, me kemas2 peralatan dulu.

Jumaat, 24 Julai 2009

Think about RB Navy Museum (KDB Pahlawan)



Semasa mula-mula melawat Muzium Brunei dan Muzium Teknologi Melayu, saya terlihat sebuah bangunan di tebing Sungai Brunei berdekatan dengan MTM. Guru saya bertanya kepada pemandu pelancong kami tentang bangunan berkenaan. Beliau menjawab dengan ringkas: Muzium Kapal! Masa itu (tahun 1986), `Muzium Kapal’ masih nampak baru. 20 tahun kemudian (2006), saya mengikuti rombongan sekolah melawat ke tempat itu dan kami menggunakan jalan sungai. Kami menaiki jeti berhampiran bangunan `Muzium Kapal’ berkenaan dan saya perhatikan bangunan yang dikatakan muzium itu telahpun usang tanpa sebarang usaha pulihara. Kecewa juga melihat kapal yang pernah bertugas mengawal perairan Brunei suatu ketika dahulu terbiar begitu sahaja.

Jika tidak silap, kapal berkenaan adalah KDB Pahlawan iaitu kapal ronda laju (Fast Patrol Craft Vessel) yang pertama dan satu-satunya dimiliki oleh Askar Melayu Diraja Brunei (AMDB) dan menjadi Flag Ship bagi Boat Company AMDB. Pemilikan kapal berkenaan meningkatkan keupayaan unit berkenaan serta menjadikannya sebagai salah satu cawangan besar AMDB dan secara rasmi dikenali sebagai Angkatan Laut Pertama, Askar Melayu DiRaja Brunei (ALP AMDB). (Sumber:
www.mindef.com.bn)



KDB Pahlawan



Setahun yang lepas saya terbaca satu tawaran (kontrak) untuk merobohkan kompleks berkenaan. Terlalu sayang, fikir saya. Tidak adakah inisiatif pihak-pihak berkenaan untuk mengubahsuai bangunan muzium dan menjadikannya lebih menarik? Mungkin ada di antara pembaca yang mengetahui tentang muzium Tentera Laut Amerika Syarikat atau Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia. Mengapa kita tidak membuat seperti apa yang mereka buat?

Di sini saya utarakan beberapa cadangan jika pihak yang berkenaan berfikir untuk melaksanakan pembaharuan terhadap Muzium Kapal:

Pentadbiran:

Muzium ini dinamakan KDB Pahlawan Muzium Kapal Tentera Laut Diraja Brunei
Muzium ini diselenggarakan oleh Tentera Laut Diraja Brunei
Muzium ini diketuai oleh Pengarah berjawatan Kolonel (L)
Waktu melawat adalah sama seperti waktu bekerja ABDB

Bangunan:

Mengandungi 2 buah blok, satu di darat dan satu di air (bangunan yang sedia ada)
Bangunan di darat adalah balai pameran, jualan cenderamata & pejabat pentadbiran manakala bangunan di air adalah bertutup bagi kapal

Muzium Kapal dari pandangan udara
Isi Muzium:

Balai Pameran: sejarah Muzium TLDB, pakaian seragam yang pernah digunakan, bendera TLDB yang pernah digunakan, sejarah penuh (pembelian, pentauliahan sehingga ia dilucutkan tauliah) kapal yang dipamerkan termasuk dokumen, gambar-gambar, senarai penuh anak kapal yang pernah bertugas, peralatan yang digunakan kapal.
Bangunan kapal: kapal dicat semula mengikut warna asal, senjata statik, peralatan dalam kapal, pemandangan haluan kapal.

Dengan itu, para pelancong khususnya pelancong tentera akan dapat melawat muzium khas ketenteraan & who knows satu hari nanti cawangan ABDB yang lain akan membuka muzium yang tersendiri.

Jumaat, 10 Julai 2009

A Few Refreshment

Salam, lama jua nda update sejak balik dari M'sia. Perjalanan balik dari M'sia ke Brunei memang menakutkan. Pasal H1N1 jua yg cepat merebak. Nampaknya taun ne nada perbarisan utk hari jadi Kebawah Duli dan digantikan dgn acara keugamaan. So taun ne baru pernah kadet bomba nda ikut perbarisan since penubuhan semula tahun 2007. malam aneka pesta pun nada. lau adapun confirm jua me nda jln2 tu. bukan sal H1N1 saja p since pindah dari temburong taun 2004, me nda pernah turun ke mlm pesta perayaan.


Btw u all liat2lah my pic yg nda seberapa di bawah ane. masa d Genting Highland tu.


Hancock Style dalam gondola


Sdg bertugas mengawasi Najie bermain keta Ride de Paris

Indoor Top View





Najie liat pemandangan topview indoor playground

Me nda byk shopping d sana. ada a few items saja such as magazines (Perajurit & Tempur), Topeng Kepala Red Camo, PIP & Crown PBSM and NYPD Glock Shooting Team Polo Shirt.