Wizurai's Slide

Isnin, 21 November 2011

Helikopter baru TUDB


Gambar fail helikopter Blackhawk S-70i


BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Nov - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini mengumumkan penganugerahan kontrak bagi pembekalan 12 pesawat helikopter jenis Blackhawk S-70i untuk menggantikan pesawat-pesawat helikopter Bell 212 dan BO 105 yang sedang digunakan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pertahanan Hajah Suriyah Haji Umar berkata, keputusan untuk menganugerahkan kontrak kepada Syarikat Sikorsky International Operations Inc itu dicapai hari ini setelah tempoh penilaian teliti dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor dari syarikat-syarikat yang menyertai tender bagi projek berkenaan.

Beliau berkata, helikopter itu akan mempertingkatkan lagi keupayaan bahagian rotari Tentera Udara Diraja Brunei dan memenuhi keperluan single wave tactical air lift seperti yang dikenal pasti dalam Kertas Putih Pertahanan 2007.

"Penghantaran pesawat-pesawat baru tersebut sudah pasti akan meningkatkan lagi keupayaan ABDB dalam menggerakkan anggota tenteranya bagi operasi-operasi ketenteraan dan kemanusiaan serta memenuhi tanggungjawab setempat dan antarabangsa," katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, di sini.

Hajah Suriyah berkata, pada Februari 2011, Kementerian Pertahanan melalui Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi (P3ST) telah menjemput 4 buah syarikat terkemuka bagi menghadapkan tawaran-tawaran mereka bagi projek berkenaan.

"Tawaran ini memerlukan syarikat-syarikat ini untuk menyediakan cadangan inovatif dan bersesuaian untuk memenuhi keperluan misi-misi ketenteraan ABDB.

Pada Julai 2011, Kementerian Pertahanan telah menyenarai pendekkan Sikorsky International Operations Inc dan Eurocopter SAS, hasil penilaian terperinci ke atas semua tawaran-tawaran tersebut."

Menurut beliau, pesawat-pesawat itu dijangka dihantar ke Negara Brunei Darussalam dalam tempoh 2013 hingga 2015.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai kriteria bagi penilaian penganugerahan kontrak, Pengarah P3ST, Kolonel (L) Muzri Mokshin berkata penilaian dibuat dari pelbagai sudut termasuk dari sudut keupayaan dan sokongan di mana hasil dari penilaian teliti dan menyeluruh yang dibuat dihadapkan kepada Kementerian Pertahanan bagi penelitian serta keputusan bagi penganugerahan kontrak.

Beliau juga mendedahkan kelebihan Sikorsky International Operations Inc menghantar pesawat lebih pantas daripada pesaingnya memberikan fleksibiliti dari segi jumlah pesawat yang diperlukan.

Manakala itu, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Jofri Haji Abdullah menyatakan bahawa dengan adanya pesawat-pesawat baru itu, kata beliau, setentunya akan membantu meningkatkan keupayaan Tentera Udara Diraja Brunei bukan sahaja bagi operasi-operasi ketenteraan tetapi juga operasi kemanusiaan.

- Petikan dari Media Permata Online Rabu 16 November 2011M.


My Comment:

Pada rangkap awal dinyatakan bahawa pembelian 12 buah helikopter Blackhawk S-70i adalah "untuk menggantikan pesawat-pesawat helikopter Bell 212 dan BO 105". Rasanya terlampau sayang untuk melucut-tauliahkan kedua-dua jenis helikopter ini. Rasanya lebih elok jika:

1. Pesawat Bell 212 digunakan oleh Kementerian Pertahanan/ABDB sebagai helikopter ambulans dengan beberapa perubahan/modifikasi dan diletakkan di bawah skuadron baru (Misalnya: No. xx Air Medic Squadron) atau sebagai Airborne Firefighting Helicopter juga di bawah skuadron baru (Misalnya: No. xx Airborne Fire Fighting Squadron)

2. Pesawat Bell 212 digunakan untuk non-military special operation seperti Police Ranger, Kastam, Bomba & Penyelamat, KDN dan BKN tetapi masih di bawah kawalan TUDB/MinDef

3. Pesawat BO 105 digunakan oleh Regimen Gerak Khas ABDB atau Special Operation Section Polis Diraja Brunei tetapi masih diletakkan di bawah TUDB dengan skuadron baru (Misalnya: No. xx Special Operation Air Squadron)

4. Pesawat BO 105 juga boleh dijadikan Air Assault Helikopter dengan pemasangan roket anti kubu/kereta kebal atau machine-gun di kedua-dua tepi helikopter seperti AH-6 Little Bird milik 160th Special Operation Air Regiment US Army (lihat cerita Black Hawk Down)

Setakat ini kekuatan pertahanan udara kita masih bergantung kepada sistem pertahanan udara darat dan sistem pertahanan udara di kapal-kapal TLDB.


Ahad, 30 Oktober 2011

Magnum

Salam, after a week dptlah update sekejap. Kemarin, me solat jumaat d tutong. Pastu jln2 d beberapa buah kedai. Dlm satu kedai me nampak sepasang kasut idaman. Magnum! Sebenarnya me mmg ada impian kan membeli kasut ane utk ganti kasut S.W.A.T. Ada dua model kasut yg dipamerkan iaitu Magnum Stealth Force n Magnum Spider. Bagi pasukan khas luar negara, kasut yg kedua bukanlah sesuatu yg asing kerana ia direka khusus utk fast roping dari helikopter. Design kasut yg pertama hampir mirip dgn kasut jenama S.W.A.T. Namun harganya mahal. Utk jabatan bomba, ada baiknya Skuad Khas Bomba yg memakainya khususnya kasut Magnum Spider manakala bomba biasa bolehlah memakai jenama Stealth Force. Bagi tugasan memadam kebakaran, Magnum ada mengeluarkan jenama Elite Bunker. Kalau bomba ketani memakai kasut2 jenama ani, confirm menangis asgar meliat. Ani baru jua memakai kasut S.W.A.T. (termasuk kadet bomba) udah tia jaling2 hehehe jgn mare.


Magnum Spider 8.1 Urban (Idamanku! Hehehe)

Salah satu jenama taktikal ialah +5.11 / +9.11. me tengah katalog percuma yg durang kirim dari AS. jenama ani juga hebat dan turut ditiru so jgn terperanjat lau ada produk +5.11/+9.11 & Magnum yang murah. Awas tu!

Dgr ceta kasut bomba, polis dan ABDB akan menggunakan jenama yg sama iaitu Gibson kerana mempunyai pembekal yang sama iaitu Syarikat DLA. Tapi nda me peduli, me kan beli jua kasut2 Magnum atu. Bye!

Sabtu, 22 Oktober 2011

Pressure + Stress = Tension

Salam, bulan oktober ni mcm2 hal berlaku. Byk yg kena siapkan: assignment, pameran sempena konvo, tesis (bab 1 hingga 3), kertas kerja & pembentangan. so di mlm telah berlangsung salah satu acara sempena konvo kupusb iaitu Pertandingan Pidato (tajuknya panjang sampai nda ingat). secara ringkasnya, juaranya adalah Najmi (IPG M'sia), naib johan Fadizlina (KUPU SB) & nombor 3 Sofian Adenasi (dari Indonesia kali). Me & my friend punyalah sibuk: dari protokol membawa kepada backstage worker & vvip dinner room. acara habis before 2200hr tapi kami balik dekat pukul 1. org RTBpun nda lagi ada. Grup sekuriti Gurkha saja yg tinggal.

konon, sampai rumah kan buat fokus kajian (apake benda ni?) sekali nada idea. shutdown laptop n tidor! Mimpi: teliat pengarah bomba (jgn marah tuan, mimpi saja ne) besigup di dpn public dengan memakai working dress n bare-top. hehehe. apa punya mimpi.

Pagi tadi ke kolej. kan bincang sama penyelia. sekali baru ia gitau durang yanti & ct (my group) ia ada klas ganti. cubatah klas gantinya atu sebelah ptg, pagi ane period utk penulisan tesis jua ne. terpaksatah kami mengalah. kami saja ptg krg kul 1430. rasanya, last perjumpaan ni sal ia kan naik haji next week via Tabung Haji Malaysia (penerbangan 44th). Yatah Pressure + Stress = Tension menyiapkan kaja ah. btw, congratulation Fadizilina!

Ahad, 9 Oktober 2011

Kalaulah kamu seorang Muslim,

Kalaulah kamu seorang Muslim,
tentu seluruh umat Islam akan meratapi pemergianmu,
kerana engkau juga menyumbang idea,
kepada umat Islam.

Kalaulah kamu seorang Muslim,
sudah pasti umat Islam merasa kehilangan besar,
kerana engkau telah berbakti,
demi manusia sejagat.

Kalaulah kamu seorang Muslim,
pasti kami menghadiahkanmu al-Faatihah,
hanya itu yang kami lakukan,
setelah kamu menemuiNya.

Kalaulah kamu seorang Muslim,
walaupun kita saling berjauhan,
akan kami dirikan solat jenazah,
buat dirimu yang telah ghaib.

Kalaulah kamu seorang Muslim....


Buat Steve Job (1955-2011)

Thanks dihasilkan oleh Jonathan Mak Long, 19. Seorang perekabentuk dari Hong Kong

Jumaat, 7 Oktober 2011

Meriam Bofors Kapal Kelas Darussalam



Meriam Bofors. Perhatikan Pengimbang Giro berbentuk bulatan putih di pangkal laras

Ukuran dimensi Meriam Bofors



Buatan :
-Bofors Defence of Switzerland (1997 – 2006)
-BAE Systems of Switzerland (2006 hingga sekarang)

Tahun dimula dihasilkan :
-1997

Tahun mula digunakan :
-2002

Keupayaan :
-Serangan terhadap kapal permukaan
-Memusnahkan misil anti-kapal permukaan
-Sokongan tembakan dari laut

Mod Kawalan :
6 Mod Penetapan

Berat :
14,000 kg (berat termasuk 1,000 butir peluru yang terpasang.

Berat Peluru :
6.5 kg

Saiz Peluru :
57 mm × 438 mm

Panjang Laras :
3.99 m (13 kaki, 1 inci)

Dongakan :
-10°/+77° (44°/s)

Kelajuan Tembakan :
220 butir per minit

Jarak Berkesan :
8,500 m (peluru hidup)

Jarak Maksimum :
17,000 m (menggunakan peluru hidup pada dongakan 45°)

Daya Hidup :
25 tahun (dengan kos penjagaan dan penyeliaan yang rendah)

Radar :
- Penstabil Giro pada laras


Rabu, 10 Ogos 2011

KDB Darulaman

Salam Ramadhan Karim,


Alhamdulillah, pada akhirnya sebuah lagi kapal (yang terakhir) dari Kelas Darussalam telah diterima oleh TLDB. Kapal KDB Darulaman (PV80-3) telahpun lulus beberapa ujian kelayakan dan bakal menyertai saudara-saudaranya pada hujung tahun ini dan mula belayar meninggalkan Jerman pada Oktober ini dengan dikendalikan sepenuhnya oleh krew TLDB.




KDB Darulaman ketika Upacara Penerimaan dan Menaikan Bendera dan perhatikan Sistem Meriam Bofors 57mm Mk 3 di hadapan anjung pemerintah.



Kehadiran KDB Darulaman, memperkasakan lagi pertahanan maritim di perairan negara. Salah satu sistem persenjataan yang terdapat pada kapal-kapal Kelas Darussalam ini ialah Sistem Meriam Bofors 57mm Mk 3. TLDB adalah tentera laut pertama dari kalangan negara ASEAN yang menggunakan senjata ini.


Tersimpan di dalam perumah turet halimunan, senjata ini boleh digunakan dalam berbagai tujuan dari misi pengaman sehinggalah dalam pertempuran sebenar. Dalam misi pengaman misalnya beberapa tembakan dibuat sebagai amaran semasa menguatkuasakan undang-undang ke atas lanun, penyeludup dan pengganas. Di dalam pertempuran atau peperangan sebenar, senjata ini mempunyai pelbagai fungsi yang akan saya jelaskan kemudian di dalam blogpost yang akan datang, Insya-Allah.


Tahniah dan syabas buat TLDB!