Wizurai's Slide

Rabu, 4 April 2012

Anti-Terrorism Order 2011

BANDAR SERI BEGAWAN, August 1 - The Attorney-General's Chambers announced that His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to the establishment of an order known as Anti-Terrorism Order (ATO) 2011 to take effect from July 18, 2011.

    The ATO 2011 is the manifestation of Brunei Darussalam's strong commitment in combating terrorism locally and internationally.  The order covers offences such as committing terrorist acts, being members of terrorist groups, financing of terrorism and support or assisting any terrorist groups or acts.

(Brunei Darussalam Newsletter, August, 2011.  Volume 26 Issue 8)


Selasa, 3 April 2012

Jet Pejuang Tentera Udara Diraja Brunei







Salam,
Biar betul tajuk blogpost ane. Hehe actually me ada terbaca satu post dlm local blog. Satu-satunya jet pejuang yang dimiliki oleh TUDB ialah Pilatus PC-7 Mk II. Ianya bukanlah bertaraf jet tetapi pesawat udara bagi tujuan latihan. Pihak Swiss mengeluarkan pesawat ini hanya tujuan untuk membuat latihan asas penerbangan sahaja. so pesawat ini tidak mempunyai tempat menyimpan senjata meriam, bom dan misil. Walaupun begitu, terdapat negara yang "melanggar" perjanjian penjualan dengan pihak Swiss dengan memasang senjata serta melakukan serangan.

Sebenarnya, sekitar tahun 1988-1989 terdapat ura-ura TUDB (ketika itu ATU DB) mahu membeli jet pejuang Bae Hawk versi 100 atau 200 sebanyak 8 buah tapi pembelian tersebut tidak pernah berlaku.

TUDB menerima pesawat ini sebanyak 4 buah dan memulakan operasi pada tahun 1997.   Pesawat ini menggantikan peranan dua buah pesawat SIAI Marchetti SF260W yang telah digunakan sejak tahun 1982.

Kenapa Brunei tidak memiliki pesawat udara bertaraf jet pejuang? Mungkin banyak sebabnya. Antaranya:

1. Kebanyakan negara jiran tidak mempunyai konflik dengan negara kita. Jika wujudpun boleh diselesaikan dengan urusan diplomatik dan melalui pakatan ASEAN.

2. Peruntukan untuk Kementerian Pertahanan sekitar BND 500 juta belum memadai untuk mewujudkan sebuah skuadron jet pejuang kerana kos (pembelian, penyelenggaraan) sangat tinggi. TUDB memerlukan sekurang-kurangnya 4 buah jet pejuang bagi membentuk sebuah skuadron.

3. Peralatan pertahanan udara semakin canggih dengan harga yang lebih murah dari jet pejuang tetapi mampu menjatuhkan jet pejuang. Buat masa ini TUDB memiliki sistem misil pertahanan dari bumi ke udara Rapier dan Mistral. Tidak mustahil kita akan memiliki sistem pertahanan udara yang terbaru.

4. Jika kita mahukan aset tempur udara, kita boleh bentuk sebuah skuadron helikopter tempur atau bersenjata. TUDB (ketika itu Cawangan Udara Askar Melayu Diraja Brunei) pada sekitar tahun 1980an pernah mengoperasikan BO-205 dengan peluru roket dan Bell 212 dengan "door-gunner".

5. Secanggih manapun jet pejuang, ia belum mampu beroperasi sendirian. Kejayaan serangan jet pejuang ke atas sasaran darat bergantung kepada maklumat risikan dan tinjauan pasukan lain di daratan.


Mungkin juga pada masa akan datang, TUDB "terbuka hati" untuk memiliki pesawat Pilatus PC-21 yang boleh dipasangkan senjata. Siapa tahu.

Oklah. Ada sedikit info tentang PC-7 Mark II milik TUDB ini:

Fungsi: Pesawat udara latihan ringan

Buatan: Pilatus Aircraft, Swiss

Penerbangan Sulung: 12 April 1966 (Prototaip), 18 Ogos 1978 (Pengeluaran)

Tahun Diperkenalkan: 1978

Status: Masih digunakan

Enjin dan Kuasa: PT6A-25C 522 kW (700 shp)

Pengguna TUDB: Sekolah Latihan Penerbangan, TUDB & Pasukan Akrobatik Alap-Alap, TUDB

Mula digunakan TUDB: 1997 



Jumaat, 9 Mac 2012

wizuraiworld@JB

Salam, actually dah 4 hari me kat JB ne. Kami dtg ptg Rabu dari Brunei ke KLIA dan seterusnya ke JB pada 10 malam. Ada seminar di Le Grandieur Palm Resort Hotel. Semalam (khamis) datang sana and bertugas as urusetia merangkap photographer & penjaga gerai buku. Hari ini letih semacam and tak ikut. Masa ini tinggal di The Puteri Pacific JB. Hotel Le Grandieur ne dekat dengan Airport Senai, Johor.

First thing to do pada pagi Rabu ialah shopping buku & magazine then instant coffee/milk tea & mee. Malam sebelum seminar tu kami dtg tengok2 tempat seminar tu. Komen: persekitaran hotel/resort tersebut SANGAT TIDAK SESUAI utk seminar bercorak keIslaman. Iklan arak di tempat laluan and setengah pekerjanya memakai baju yang agak sendat dan skirt pendek tunggu depan pintu masuk kawasan seminar. Malaslah nak cakap. Make donno je.

Semalam jln2 lagi dekat bazaar/pasar malam di kotaraya, dptlah military car sticker mcm Glock, Special Forces (VAT69, PASKAL, PASKAU, Gerakhas), GGK (round & square), Special Forces Gerak Khas Car Pass & Paratrooper SF. Ada lagi yang lain tapi nanti tengok dekat KL malam nanti. Me ingat kan solat Jumaat dekat Masjid An-Nur Kotaraya (bersambung dengan Galeri Kotaraya - Kompleks Kamdar Kotaraya yang lama) tapi takut pula kasut dikebas so me solat zuhur di hotel je.

Dari escalator hotel nampaklah pulau Singapura. Me segera teringat pada bulan lepas unit mortar TDDB (ABDB) & TDM (ATM) ada membuat Exsais Mertak (Meriam Katak) Bersatu. Rasanya dgn mortar 81mm tu letak kat persisir pantai selat Johor dan jika ditembak, agak-agak boleh sampai ke pantai Singapura tu ke? Use your imagination!

Krg ptg/malam balik semula ke KL. Dekat airport rancang nak singgah kedai UTM, beli buku rujukan. Masa pesta buku @ ICC ada berjual tapi mahal. Buku keluaran Malaysia/Indonesia bila dijual di Brunei memang mahal giler. Ini berbeza dengan buku Brunei yg dijual di Malaysia yang dijual mengikut nilai forex BND-RM dan ada sedikit potongan harga. Masa tunggu gerai di seminar tu, memang tak menang tangan. Me sempat juga tengok2 buku kat booth UTM. nda apa krg mlm b4 flight, singgah kejap di kedai UTM@Airport Senai.

Kalau sempat turun ke pasar malam n tengok2 car sticker ala military yang rugged2. Cuti sekolah P1 ne, kami turun KL lagi. Rasa mcm tak sah pula kalau tak keluar negeri masa cuti sekolah/semester. At least setahun sekali atau pergi KK pun ok apa.

Ok, setakat ne saja. Jumpa lagi di Brunei on the next post.

Rabu, 29 Februari 2012

RBAirF Chopper Crashes In Temburong, One Injured

This is not the crashed chopper but maybe. The crashed one similar to the one show on this photo

Salam, news kat bawah ne me petik bulat2 dari laman web Brudirect yang juga news dari Borneo Bulletin.

Tuesday – 28 February 2012.

Temburong - A Bell 212 helicopter of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) crashed yesterday deep in the remote jungles of Temburong with just one out of its occupants sustaining a minor injury. Dato Paduka Awg Hj Mustappa bin Hj Sirat, Deputy Minister of Defence, on an official visit to Australia, confirmed that "a Bell 212 was involved" in the crash, in which only one crewmember sustained minor injury.

The senior defence official added that "the extent of the damage is yet to be determined and the matter is being investigated to determine the cause".

According to some informed sources, the helicopter was believed to have been carrying RBAF personnel during the crash that happened deep in the interior jungles of Kg Belalong, within the vicinity of a radio transmitter that is two days away by foot.

Hj Bahrun Hj Talib, Penghulu of Mukim Amo further acknowledged that only one person from the crash was airlifted to RIPAS Hospital in the capital by one of the RBAirF's Blackhawk helicopters, which he happened to see fly overhead yesterday following the incident, and that the rest of the passengers and crew were in Bangar Town unscathed.

The venerable Bell 212 Twin Huey first flew in 1968 that was made iconic during the Vietnam War. The RBAirF's first Bell 212 has been operating since September 1973, when that maiden flight from Singapore to Brunei held the record, at the time, for the longest distance and fastest time taken for the type of aircraft.

Trusted and adored by its adherents, in the words of many RBAirF pilots, the Bell 212 is a 'forgiving' aircraft. Operated exclusively by the RBAirF's No 1 Squadron, the fleet of Bell 212's has faithfully logged 39 years of flying service for the Royal Brunei Armed Forces.

In November last year, the Ministry of Defence announced its decision to replace the RBAF's ageing Bell 212 workhorse with 12 new Sikorsky S70i Blackhawk helicopters, with the first delivery expected over a two-year period, starting from next year.

--Courtesy of Borneo Bulletin


Sabtu, 4 Februari 2012

CN235 TUDB Bawa Pulang Mangsa






Berikutan dengan kemalangan jalanraya tragis yang berlaku pada 20 Disember 2012 di Jalan Ranau,Tamparuli berhampiran Kampung Kaporingan di Tuaran, Sabah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan memerintahkan bagi semua Kementerian yang berkaitan, yang termasuk Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian lain serta pihak berkuasa yang berkenaan dalam Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk melaksanakan peranan mereka dalam memberikan bantuan penuh kepada mangsa-mangsa.
Selain dari sebuah penerbangan khas dari Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) turut melakukan penerbangan bagi membawa balik mangsa. Untuk itu, sebuah pesawat pengangkut CN 235 dari No. 5 Skuadron TUDB telah melaksanakan tugas yang penuh berkebajikan ini dengan penglibatan sejumlah lapan krew TUDB, yang terdiri daripada tiga orang juruterbang, seorang pegawai perhubungan dan empat orang ‘loadmasters’.
Pesawat CN235 telah menjalankan beberapa pelepasan penerbangan di Hanger ‘B’ Pengkalan Tentera Udara Rimba. Penerbangan pelepasan pertama, membawa empat mangsa tiba pada jam 3:05 petang, manakala penerbangan kedua yang membawa empat mangsa lagi tiba kira-kira jam 5:40 petang, dan penerbangan ketiga membawa dua lagi mangsa tiba pada jam 7:55 malam. Menunggu ketibaan mangsa-mangsa di Pangkalan Tentera Udara Rimba ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Pemangku Menteri Pertahanan dan Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri serta pegawai-pegawai kerajaan yang lain dan keluarga mangsa. Semasa ketibaan, mangsa-mangsa yang tiba telah dipindahkan terus ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk rawatan perubatan lanjut.

Kenapalah agaknya

Salam, beberapa hari yang lps blog ani nda dpt diakses oleh myself. I wonder why? Bukan ani saja, my other two blogs pun nda dpt diakses or login sampai nda beupdate dan satu blog lagi no problem nganya liging(me ada 4 blogs). Hari ani me try and voila! Dapat jua masuk. Mun inda dpt diakses tadi alamat tinggal dalam kenanganlah blog wizuraiworld ani. yang dua blog atupun sama jua. Rasanya ani my first post since tahun baru 2012 (rasanya). Apa saja kan dibuat tahun ani? Masa ne me sdg ngajar di Sekolah Sukan until April 2012, kerja kursus (assignment) ada 3 buah, mungkin hari kebangsaan 2012 ikut lagi berbaris, bilatah kan abis. (Ngalih wah)

Bulan Mac ani mungkin belayar buang stress ke KL biar org KL pulang stress. Kalau belayar atu, hilang stress psl nda lagi ingat kerja di Brunei ah. Pastu peksa, pastu buat mohon tambang 10 tahun pastu kerja lagi pastu belayar pastu balik kerja pastu sambung belajar jika masih ada semangat pastu sambung kerja sampai pencen. hehee jauh aim ah.

Oklah, nanti ku ruah bahan2 dalam laptop ane utk dimuatkan dlm blog. Majoriti pengunjung suka baca ttg hal ehwal ketenteraan dan keselamatan di Brunei yang selalu me post. Jumpa lagi! (of course no pics)

Rabu, 21 Disember 2011

KDB Darulaman (sambungan)

Salam & selamat bercuti bagi yang bercuti macam saya, eheh.

Isnin lepas (12.12.11), salah sebuah kapal terakhir dari kelas Darussalam iaitu KDB Darulaman (lihat blogpost Rabu, 10 Ogos 2011)telah ditauliahkan oleh KDYMM di pengkalan TLDB, Muara. Oleh sebab klasifikasinya sama seperti dua kapal sebelumnya maka tidak perlulah disebutkan dengan terperinci. Lihat blogpost Sabtu, 14 Mei 2011. Cuma sebagai tambahan, KDB Darulaman diperintah oleh Leftenan Kolonel (L) Pg. Mohammad bin Pg. Haji Damit. Kapal Kelas Darussalam ini menggantikan kapal-kapal kelas Waspada yang telah dilucut tauliah dan 2 daripadanya diberikan kepada TNI-AL sebagai kapal latihan.



Pengunjung blog dari Malaysia diharap tidak keliru dengan penamaan kapal-kapal kelas Darussalam ini yang sama dengan nama akhir 2 buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Selangor Darul Ehsan dan Kedah Darul Aman. Apa yang saya tahu salah sebuah kapal TLDM juga menggunakan nama negeri yang hampir sama iaitu KD Kedah. Jadinya, KD Kedah adalah milik TLDM manakala KDB Darulaman adalah milik TLDB. Jangan keliru tau!

Ok, cuti ne kami sekeluarga melancong lagi ke KL mulai 28.12.2011 hingga 01.01.12. Rancang kan membeli majalah, buku, pakaian sukan dan maybe some military merchandize. Lau sempat, naik Genting Highland lagi. tentu extreme cuaca di sana.

Semalam (20.12.11), ada berita mengejutkan iaitu bas pelancung dari Brunei kemalangan di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli di Sabah mengorbankan 6 orang yang kebanyakannya warga emas. Membaca berita-berita sedih yang melibatkan warga kita di luar negara membuat hati sebak. Me hanya doakan semoga roh mereka dicucuri Rahmat dan termasuk di dalam golongan orang-orang yang beriman (Al-Faatihah!).

Pada me, kenderaan yang digunakan untuk perjalanan jarak jauh perlulah diperiksa manakala pemandu bas hendaklah mempunyai waktu rehat yang mencukupi. Jika perlu, pemandu bas gantian perlulah ada. Tidak seperti semenanjung Malaysia, jalan raya dari Lawas, Sarawak hingga Kota Kinabalu, Sabah tidak mempunyai hentian R&R yang lengkap dengan Surau, kedai runcit, restoran dan taman permainan kanak-kanak. Me cadangkan jua, satu atau dua hentian R&R di Lebuhraya Muara-Tutong. Yang pertama, di sebelah Meragang dan satu lagi berdekatan Pos Polis Lebuhraya.

OKlah. Me kan jalan dulu. Hopefully, me dapat update blog di CyberTime@First World Genting Highland. dan semoga kami selamat kembali ke tanahair selepas melancung, Amin! membagi ingau jua kan. K, bye!