Wizurai's Slide

Selasa, 31 Mei 2011

Celoreng Digital Perajurit ABDB











Salam, mungkin ramai yg terperanjat apabila melihat perubahan 'besar' berlaku selepas 50 tahun penubuhan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Perubahan tersebut ialah penukaran skim celoreng lama kepada skim celoreng digital. Sebenarnya, me sudah melihat skim berkenaan seawal tahun 2011 ini di salah sebuah kedai jahit di Sengkurong. Nama yg ditampal pada baju berkenaan ialah HALBI yg me rasa merujuk kepada Yang Berhormat Pehin Datu Laila Raja Mejar General (Bersara) Haji Awang Halbi yang merupakan mantan Pemerintah ABDB dan sekarang bertugas sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Mungkin juga skim ini dicadangkan semasa beliau masih bertugas di ABDB.






Selain ABDB, penggunaan skim celoreng ini sudahpun bermula di 2-3 buah negara ASEAN seperti Singapura. Dan secara rasmi bermula pada hari ini. Cuma, adakah pasukan Kadet Tentera akan menggunakan skim yang sama?




Jumpa lagi






Tiada ulasan:

Catat Ulasan