Wizurai's Slide

Jumaat, 3 Jun 2011

Sampai hajat

Salam, hehehe jgn suspen dgn tajuk atu. sebenarnya hajat atu ialah mengunjungi gerai/bazaar ABDB di BIT 2011. Mula-mula me buat interview dgn kru/technician heli Bolkow BO-205 Tentera Udara Diraja Brunei -TUDB- (interview je, pic tak ambil); macamana heli tu berfungsi, nak naikkan & turunkan, fungsi pedal kaki, sistem persenjataan, brapa ribu kaki boleh naik dan apa fungsi suis2 dlm heli tu. termasuk juga: macamana durang landingkan heli tu di sana. lagi satu, heli TUDB bila melintas di Green Zone (hehehe rumah sayalah) betul-betul di atas rumah, napa? menurut kru, ini disebabkan oleh sistem pemanduan GPS. setiap pengguna pesawat udara memiliki laluan penerbangannya yang tersendiri dan kebetulan ia selalu melintasi kawasan Green Zone sebab itu mmg kawasan laluannya.



next, me interview technician yg dlm kem yg mempamerkan alatan survival (ikhtiar hidup) TUDB yg mungkin berbeza sedikit (sikit je) dengan cabang ABDB yang lain. Pastu rah gerai cenderamata. Me beli recycle bag, 2 btg pen, satu keping(?) pen drive & satu mug. Cenderamata yg me nda beli (sal blum ada ofis n meja sendiri) ialah pen wood stand, post-it box and apa ah, lupalah.



next, me lawat bahagian mortar. menurut pengendalinya: mortar berkenaan mampu mencecah ketinggian 10,000 kaki (mcm ketinggian yg BO-205 boleh capai) sebelum jatuh dlm 5-6 km di kawasan sasaran. wow, dasyat juga. sebuah kubu mortar dikendalikan oleh 4 kru yg bergerak secara insani di dalam hutan. Land Rover Defender & Mitsubishi L200 tidak boleh memasuki hutan hujan Brunei so ATV dgn penunda adalah satu pilihan.



Mortar ini mempunyai beberapa jenis peluru untuk pelbagai fungsi spt asap, cahaya, bom yg boleh disetkan mengikut keperluan dan ada beberapa jenis yang tidak dipamerkan. lebih kagum lagi, apabila me mengetahui bahawa jenis mortar berkenaan mula dikilangkan (dan mungkin dipatentkan) sejak tahun 1930an! lebih tua dari usia ABDB sendiri. unit mortar ini mempunyai satu pentadbiran dan dibahagikan kepada beberapa grup mengikut jumlah batalion tentera darat dan juga grup simpanan.



next, me lawat beberapa bahagian lain yg nda ramai kru. navypun nda jual byk cenderamata :-( . last me lawat bahagian pengambilan (kerjaya). baru me tahu prosedur pemilihan seseorang tentera dan di mana ia ditempatkan berdasarkan kelulusan masing-masing termasuk kemasukan SPK/OCS dan pemilihan ahli pasukan khas. pendaftaran boleh melalui online pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada (bak motto SEALs Team: Anywhere! Anytime!) dgn melayari laman web Kementerian Pertahanan (Bahagian Pengambilan) klik sini http://www.mindef.gov.bn/



Walaupun lawatan secara solo, me ttp puas hati dengan penerangan yg diberikan terutama dari kru/technician BO-205, grup mortar n bahagian pengambilan. masa me singkat, sbb kan ke sekolah lagi. once more, thanks again! Jumpa lagi di BRIDEX 2011.





Bridex 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan