Wizurai's Slide

Rabu, 10 Ogos 2011

KDB Darulaman

Salam Ramadhan Karim,


Alhamdulillah, pada akhirnya sebuah lagi kapal (yang terakhir) dari Kelas Darussalam telah diterima oleh TLDB. Kapal KDB Darulaman (PV80-3) telahpun lulus beberapa ujian kelayakan dan bakal menyertai saudara-saudaranya pada hujung tahun ini dan mula belayar meninggalkan Jerman pada Oktober ini dengan dikendalikan sepenuhnya oleh krew TLDB.




KDB Darulaman ketika Upacara Penerimaan dan Menaikan Bendera dan perhatikan Sistem Meriam Bofors 57mm Mk 3 di hadapan anjung pemerintah.



Kehadiran KDB Darulaman, memperkasakan lagi pertahanan maritim di perairan negara. Salah satu sistem persenjataan yang terdapat pada kapal-kapal Kelas Darussalam ini ialah Sistem Meriam Bofors 57mm Mk 3. TLDB adalah tentera laut pertama dari kalangan negara ASEAN yang menggunakan senjata ini.


Tersimpan di dalam perumah turet halimunan, senjata ini boleh digunakan dalam berbagai tujuan dari misi pengaman sehinggalah dalam pertempuran sebenar. Dalam misi pengaman misalnya beberapa tembakan dibuat sebagai amaran semasa menguatkuasakan undang-undang ke atas lanun, penyeludup dan pengganas. Di dalam pertempuran atau peperangan sebenar, senjata ini mempunyai pelbagai fungsi yang akan saya jelaskan kemudian di dalam blogpost yang akan datang, Insya-Allah.


Tahniah dan syabas buat TLDB!


Ahad, 17 Julai 2011

Helikopter Baru TUDB

Salam. Akhirnya TUDB bakal memiliki helikopter baru! Menurut sumber dari Kementerian Pertahanan, sebanyak 2 dari 4 buah syarikat pembuat helikopter akan bersaing bagi mendapatkan kontrak bagi Projek Support Helicopter iaitu Syarikat Eurocopter yang mencadangkan helikopter utiliti berat EC725 dan helikopter utiliti ringan EC645T2 manakala Sikorsky Aircraft Corporation telah menawarkan S-70i Black Hawk iaitu versi antarabangsa helikopter UH-60M yang sedang digunakan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat.

Projek Support Helicopter ini bermula pada Ogos 2010 dengan usaha Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi (P3ST), Kementerian Pertahanan. Perundingan dan seterusnya penandatanganan kontrak akan berlangsung di kilang syarikat yang terpilih pada penghujung tahun ini. Kumpulan pertama helikopter-helikopter berkenaan dijangka tiba pada tahun 2014.




Helikopter ringan EC645T2


Helikopter EC725



S-70i (i - international) Black Hawk



Sumber: Pelita Brunei, Borneo Bulletin & Website Kementerian Pertahanan.


Selasa, 12 Julai 2011

Sampai Hajat 2

Salam, ada jua 10 hari nda update blog. yalah, ani wizuraiworld bukan ranoadidas, hehe. dlm 10 hari ada byk mcm yg berlaku. me balik ke rumah mama sal ada majlis mandi berlawat utk 2 org menantu mama. lagi satu, BRIDEX! pada tahun ini me tak dapat dtg ke Bridex 2011 sal sibuk dgn TP. sedih sikit tapi agak terhibur apabila melihat kelibat MiG-29 "Smokey Bandit" membuat pertunjukkan di ruang udara Green Zone. sebetulnya, pada awal julai lagi me nampak 2 buah jet pejuang F-16 di hujung landasan pengkalan udara Rimba TUDB. tapi me nda tau sapa punya sbb ada 2 buah negara yg membuat airshow dgn pesawat berkenaan iaitu AS (Wild Weasel) dan Singapura (Acrobatic Team).


My kaka ipar pun ajak lihat expo d Bridex tapi masa singkat. lagipun pada tahun 2009 me dtg selepas solat jumaat, fuuh! punya ramai manusia di Bridex sampai me fikir2 kan dtg. tapi jumaat lepas sampai jua hajat melihat pesawat2 peserta Bridex di pengkalan udara TUDB di Rimba. Free lagi. kebanyakan pameran tertumpu di Hangar B tapi ramai juga yang "menceroboh" Hangar A yg banyak menyimpan pesawat TUDB. me pun ikut masuk sal kan lihat Blackhawk dekat2. menurut seorang kru, pesawat Blackhawk TUDB adalah yg terbaik di Asia Tenggara. pesawat ini mempunyai keupayaan tinggi termasuk long-range humanitarian mission (contoh: Banda Acheh), fast-roping dan akan dipasang GPMG (General Purpose Machine Gun). mcm pesawat UH-60 Blackhawk US Army. Seingat me, Bell 212 TUDB juga pernah dipasangkan machine-gun tapi selepas 10 tahun kebelakangan (or maybe more) me nda pernah liat lagi.


Me ada membeli car-sticker TUDM & Vat 69 Komando. Oleh sbb me beli sampai BND30 maka kru TUDM tu bagi 3 btg pen. sebetulnya masa me d KL, me ada beli sticker2 camani di salah satu perhentian (R&R) masa otw ke Johor. Harganya RM3.oo aje tapi di sini durang jual BND5.00TUDB ada jua menjual segala macam, pin logo TUDB, pin Blackhawk, Notepad yg saiz buku 555 & saiz biasa (yatah nyasal nda membali), payung (abis - lain kali jual banyak2), baju round-neck & polo, wallet menyimpan ic & lesen memandu, key-chain tapi car sticker masih jua nada. Republic of Singapore Air Force lagi baik hati, durang bagi sticker, keychain & car sticker Free of Charge. kaya jua tu. hehehe


Mulai ri isnin 11 julai, kami stat udah blatih. me rancang kan bawa seramai 21 org kadet ikut perbarisan n santap dan around 24 - 30 for majlis junjung ziarah/ramah mesra bagi daerah Brunei/Muara. biar durang merasai semua termasuklah Hari Kebangsaan NBD ke 28 next year. cukuptah dulu post ane. kul 12 udah. besok ada latihan - Full Dress Rehearsal. bye (nantitah me masukkan pic dlm post yg lain)




Rabu, 29 Jun 2011

July is coming!

Salam and nope! me bukan kan sambut 4th of July but 15th July. Actually, byk perkara yg berlaku dlm julai tahun ne. Mula2, wayang Transformers: Dark of the Moon akan dimainkan pada 3hb, Citi (City?) Parade on July 7th, latihan padang di Taman HSMOAS BSB mulai 11 Julai membawa kepada 15 Julai (sekali lagi aku dilantik menjadi ........? malaskan cakaplah!), 14 Julai, kami abis TP (syukur, Alhamdulillah!) Lagi satu, on 3rd Julai, kawan aku (Shahrulez) kahwin. Tahniah! (eheh, awal jua ucap tahniah). 18 Julai, santap pasukan beruniform. pastu ada junjung ziarah lagi (atupun kalau ada offer dari Jabatan Daerah Brunei/Muara).


So after TP, ada baki cuti dlm 2 minggu aje. sabor je lah. emm, kdg2 nda tau apa kan ditulis lagi.

Khamis, 16 Jun 2011

@ Genting 1/11

Salam, me sekarang berada di Genting highland atau tanah tinggi Genting (2000m atau 6000 kaki di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T, hehehe. sebetulnya dah 3 hari me di sini dan barulah dapat update blog di CyberTime@Genting. me terbang dari LT Miri around 2200 hr by Air Asia on Monday. Memandangkan kami mmg terus naik ke Genting, me kena bli satu weather jacket (nampak macam flight jacket) lebih kurang BND39.10 di National Emporium Bunut. nda rugi membeli sal ianya jenis reversible. siap ada sayap payung terjun USSR lagi tapi nda tau lah sama ada sayap betul atau entam2 saja. pslnya me cari di internet pun nada yg sama macam lencana sayap atu.


actually, me kan ucapkan selamat ulangtahun penubuhan Tentera Laut Diraja Brunei yang ke 46 (1965 - 2011) pada 14 Jun 2011. semoga TLDB terus berkembang sesuai dengan keadaan dunia sekarang. me hope, TLDB mempunyai elemen tersendiri spt pasukan marin/amfibia, riverine, airborne, skuadron udara dan muzium.


oklah me pergi jln2 dulu meround First World Plaza. di SkyVenture pun belum ada merchandize/collectibles yg baru2 :-( me hope ada car sticker atau jacket nanti. bye

Jumaat, 3 Jun 2011

Sampai hajat

Salam, hehehe jgn suspen dgn tajuk atu. sebenarnya hajat atu ialah mengunjungi gerai/bazaar ABDB di BIT 2011. Mula-mula me buat interview dgn kru/technician heli Bolkow BO-205 Tentera Udara Diraja Brunei -TUDB- (interview je, pic tak ambil); macamana heli tu berfungsi, nak naikkan & turunkan, fungsi pedal kaki, sistem persenjataan, brapa ribu kaki boleh naik dan apa fungsi suis2 dlm heli tu. termasuk juga: macamana durang landingkan heli tu di sana. lagi satu, heli TUDB bila melintas di Green Zone (hehehe rumah sayalah) betul-betul di atas rumah, napa? menurut kru, ini disebabkan oleh sistem pemanduan GPS. setiap pengguna pesawat udara memiliki laluan penerbangannya yang tersendiri dan kebetulan ia selalu melintasi kawasan Green Zone sebab itu mmg kawasan laluannya.



next, me interview technician yg dlm kem yg mempamerkan alatan survival (ikhtiar hidup) TUDB yg mungkin berbeza sedikit (sikit je) dengan cabang ABDB yang lain. Pastu rah gerai cenderamata. Me beli recycle bag, 2 btg pen, satu keping(?) pen drive & satu mug. Cenderamata yg me nda beli (sal blum ada ofis n meja sendiri) ialah pen wood stand, post-it box and apa ah, lupalah.



next, me lawat bahagian mortar. menurut pengendalinya: mortar berkenaan mampu mencecah ketinggian 10,000 kaki (mcm ketinggian yg BO-205 boleh capai) sebelum jatuh dlm 5-6 km di kawasan sasaran. wow, dasyat juga. sebuah kubu mortar dikendalikan oleh 4 kru yg bergerak secara insani di dalam hutan. Land Rover Defender & Mitsubishi L200 tidak boleh memasuki hutan hujan Brunei so ATV dgn penunda adalah satu pilihan.



Mortar ini mempunyai beberapa jenis peluru untuk pelbagai fungsi spt asap, cahaya, bom yg boleh disetkan mengikut keperluan dan ada beberapa jenis yang tidak dipamerkan. lebih kagum lagi, apabila me mengetahui bahawa jenis mortar berkenaan mula dikilangkan (dan mungkin dipatentkan) sejak tahun 1930an! lebih tua dari usia ABDB sendiri. unit mortar ini mempunyai satu pentadbiran dan dibahagikan kepada beberapa grup mengikut jumlah batalion tentera darat dan juga grup simpanan.



next, me lawat beberapa bahagian lain yg nda ramai kru. navypun nda jual byk cenderamata :-( . last me lawat bahagian pengambilan (kerjaya). baru me tahu prosedur pemilihan seseorang tentera dan di mana ia ditempatkan berdasarkan kelulusan masing-masing termasuk kemasukan SPK/OCS dan pemilihan ahli pasukan khas. pendaftaran boleh melalui online pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada (bak motto SEALs Team: Anywhere! Anytime!) dgn melayari laman web Kementerian Pertahanan (Bahagian Pengambilan) klik sini http://www.mindef.gov.bn/



Walaupun lawatan secara solo, me ttp puas hati dengan penerangan yg diberikan terutama dari kru/technician BO-205, grup mortar n bahagian pengambilan. masa me singkat, sbb kan ke sekolah lagi. once more, thanks again! Jumpa lagi di BRIDEX 2011.





Bridex 2011